"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Friday, August 5, 2011

BIRU LAUT..HIJAU POKOK..

hidup ini tidak selalu indah
kerana langit juga tidak selalu cerah
dan pelangi juga tak selalu menjelma..
malam yang suram tak bererti tiada bintang
dan pagi yang mendung bukan bererti Sang Suria menghilang
kerna itulah lukisan alam 
yang berada di bawah naungan ALLAH S.W.T

Bila bersendirian  tidak bererti tiada teman
usahlah rasa kesepian
walau tak ditemani teman seperjuangan
hakikatnya kita tetap ditemani dan diperhatikan
kita tak pernah keseorangan kerna ALLAH sentiasa menjadi peneman

Gelap dan terang sama saja
di mana jua kita berada
kita tetap di perhatikan
setiap langkah dan perlakuan
akan sentiasa di pantau lagi diawasi
semua perbuatan akn dikira dan di catatkan
dalam diari amalan seorang hamba..

carilah ALLAH di dalam hati bersama iman dan taqwa
usahlah bersedih dan gelisah..
berfikirlah sejenak takala bersendirian
dan berzikrlah sepanjang masa takala hidup masih ada..

hilanglah sengketa dalam hati...mencari kebenaran hakiki dengan hati yg suci...

"...maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yg dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yg ada di dlm dada..." 
(al-Haj:46)

andai dalam nya tiada sengketa,maka tenanglah ia...tenangkanlah hati untuk meraih kegembiraan itu...
hati senang dan tenang ,menzahirkan rasa gembira dan reda...

tiada istilah untuk kataka letih dan penat dalam merintih dan mengadu kepada NYA,Rabbul Izzati..
tiada rasa jemu dan bosan..
selagi kudarat masih ada...teruskanlah dalam merintih memohon doa kepada ALLAH..
Hidup kita umpama sebuah pengembaraan...sebuah kembara yang penghujungnya jelas terbentang;iaitu akhirat dan syurga.Yang pasti SYURGA  menjadi pilihan...
tidak dapat tidak,hati kecil selalu bertanya dan berbicara.."kemanakah penghujung hidup ini,adakah diri ini akn ke syurga @ neraka?"..usahlah berdalih dan mendustainya..koyakkan ego di hati,hamparkan rasa terbuka di dalamnya.
dari saat kita di ciptakan,itulah kembara yang pertama...kembara seorang bayi di dalam alam rahim..di dalamnya kita dibentuk satu persatu..dari sperma dan ovum kita membentuk menjadi manusia..ada daging,darah,tulang dan sebagainya..di sini jua ALLAH meniupkn roh untuk manusia.ALLAHUAKHBAR! siapakah yg melakukannya?Tiada pencipta selain ALLAH.ALLAH PENCIPTA sekalian alam dan makhluk.Semuanya luas dan nyata lagi terang akan kebesaran dan kesohihan ALLAH itu adalah Tuhan yg ESA..Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T..
di manakah kebenaran  mereka yang menolak tuhan itu adalah ALLAH?yg menolak kewujudan Tuhan..yg menyatakan  semua ini terjadi secara "natural"?kembalilah kepada fitrah..lihat lah dengan mata hati dan akal...usah bongkak dan sombong..Rendahkan ego demi mencari kebenaran hakiki dan hidayah...semoga mata dan hati mereka yang masih belum mencintai ALLAH dan Islam akan terbuka untuk mentauhidkan ALLAH dan menganut Islam.

kembara di alam rahim di teruskan dengan kembara di dunia...helah dan tipu daya berlegar-legar di dalamnya..sungguh menakutkan untuk menempuhinya.Hanya dengan kekuatan iman dan taqwa mampu membimbing diri melayari kembara ini..al-Quran dan Sunnah menjadi pedoman sebagai "nota petunjuk @ map" untuk meneruskn perjalanan kembara..andai di ikuti, maka syurga lah destinasi akhir baginya..andai di tolak dan di abaikan, maka neraka membuka pintu bagi penghujung kembara baginya..
kembara di alam seterusnya iaitu alam kubur..sebuah penantian destinasi rehat.. sebelum kita ke kembara alam terakhir..yang akn berkumpul di padang masyar dan berlakulah perhingtungan itu..segalanya ditimbang dan di adili oleh "mahkamah tertinggi"..ALLAH menjadi Ketua Hakim  baginya..Tidak ada lagi hakim dan peguam dari Manusia..semuanya dusta belaka..Hanya ALLAH yg MAHA ADIL..
Akhirnya..sampai jua destinasi rumah yg kekal abadi lagi hakiki...Beruntunglah bagi mereka yang menjadi penghuni SYURGA..rugilah mereka yg menjadi ahli-ahli neraka itu...na'uzubillahi minal zalik...


kisah kembara kehidupan akn diteruskan lagi ...semoga ada pengajaran dari coretan ini..





Tuesday, August 2, 2011

kayuhan langkah ini...

ALLAH..
semalam kukelukaan
kecewa dan kehampaan
terasa jauh di dalam lubuk hati ingin ku hentikan
langkah ini
ku rasakn bagai tak mampu
untuk bertahan kukuh atas jalan ini
terasa semangat tenggelam 
lemah layu dirasakn
Tuhan,ku pohon rahmatMU dan kekuatan MU...

ALLAH..
hari ini kugembira riang
terasa disunting semangat baru
membuka tirai jiwa
untuk ku bertahan meneruskan kayuhan langkah ini

kini,kusedar akan hikmah mehnah dan tribulasi perjuangan 
untuk menguji keimanan
meningkatkan darjat seorang hamba MUSLIM
Membina kekuatan semangat padu 
untuk terus thabit dan tabah
dalam melayari kayuhan langkah perjuangan yg masih panjang..
ya RABB..bimbinglah kami untuk terus dalam langkah ini
menjadi seorang pejuang serikanda dan serikandi
yg cekal hati nya
yg kuat iman nya
yg ikhlas niat nya
dalam perjuangan dakwah ini..
kayuhlah..dan teruskan langkah ini..

....salam perjuangan buat pejuang-pejuang ISLAM....

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.