"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Saturday, December 15, 2012

~ Kalam Bashar ~




 ALLAH…
Betapa aku rasa malu atas semua nikmat
Yang ENGKAU berikan buatku,
Padahal diri ini selalu membuat ENGKAU kecewa
Dengan tindakan ku
Ada saja dosa dan noda
Ada saja kesilapan dan kesalahan
Yang selalu ku lakukan dan ulangi
Ooo Tuhanku,betapa ku merasai “rasa” itu
Tak mampu ke ungkapan mahupun lakarkan
Hanya hati yang mampu merasainya
ALHAMDULILLAH…YA RAHMAN, YA RAHIM
Sesungguhnya, Tiada Tuhan melainkan MU, ALLAH.
Aku hanya manusia yang selalu berubah
Aku selalu terleka
Aku selalu terlena
Dengan tipu daya iblis,duniawi dan hawa nafsu
Namun, ENGKAU selalu datang membantu
Mengetuk pintu iman di hati
Membimbing ku pulang ke jalan yang lurus.


Tuhan, aku ingin mencintai MU setulus hatiku
Bimbinglah daku setiap saat
semoga nikmat ISLAM & IMAN
 ini terus thabit dan kuat di dalam jiwa sanubari ku
Aku mengharapkan semoga diri dan hidupku
Ini mampu menyumbang ke dalam ISLAM
Dan aku mengharapkan
Hidupku bukan hanya sekadar bashar
Tapi menjadi bashar mujahidah fil Islam

Why I am a muslim?  Because I love so much Islam and Islam guide my way and life. In ISLAM  I have my Lord, ALLAH and HE always love me, you and all. Thank you Allah.
 ^____^

Al-faqir fil islam,
Nooramiramdakhir, just nice!

Monday, December 3, 2012

~sembang secawan kopi~ mengislahkan ekonomi diri...



بسم الله الرحمن الرحيم...
Assalamualaikum sahabat-sahabat dan teman-teman yang saya kasihi dan saya doakan semoga kita semua selalu berada dibawah rahmat dan keredaanNYA. InsyaALLAH, amin. Alhamdulillah…rasa rindu pada blog, sudah lama diri ini meninggalkan blog dan penulisan. Rindu pada jari jemari yang asyik mencoretkan kisah, tazkirah dan suka duka pengalamn kehidupan diri dan sahabat-sahabat di sekeliling. Kini masanya ku update news post!
Hari ini ana nak berkongsi serba sedikit perkongsian yang ana rasa sangat penting buat kita semua…semoga sama-sama kita ambil ‘ibrah dan cuba untuk praktikal dalam kehidupan kita ini.InsayaALLAH.

Apa yang ingin ana utarakan adalah mengenai “Ekonomi Islam”. Hari ini, khususnya di bumi MALAYSIA yang dikagumi kita melihat bahawa adakah Negara kita ini sudah 100% menggunakan iqtisodiah islamiyyah (ekonomi islam) ? cukupkan dengan wujudnya penubuhan “bank-bank Islam”? cukupkan dengan dikatakan “Islamic finance”? Hari ini semua bank berpusu-pusu untuk membuat perbankan islam termasuklah bank-bank non-muslim seperti CIMB bank, maybank dan sebagainya. Dengan wujudnya “perbankan islam “ ini masyarakat khususnya rakyat Muslim merasakn kelegaan dan selamat… Namun, masih banyak lagi keraguan dan permasalahan yang perlu kita semak dan perbaiki.
Masalah riba pada hari ini jugak masih ditahap yang kritikal. Tanpa sedar dan sedar kita terlibat dalam menerima dan memberi riba. Apakah itu RIBA? Riba ialah az-ziyadah iatu tambahan @ kelebihan. Maksudnya lebihan atau penambahan wang dalam sesuatu pinjaman, jualan dan sebagainya.  Di dalam al-Quran ALLAH telah menjelaskan dan menyebutkan tentang riba. Perkataan riba ini disebut di dalam 4 surah, iaitu surah al-Baqarah, al-‘Imran, an-Nisa’, dan ar-Rum. Jelaslah bahawa ALLAH mengharamkan riba ini dalam sebarang aktiviti perniagaan ekonomi Islam.  Cuba kita menyelak buku akaun kita, dokumen perjanjian pinjaman dan transaksi wang kita. Adakah kita salah satu pelanggan  TETAP RIBA?
 Islam itu syumul.. di dalam ekonomi, ALLAH sudah menyediakn syariat dlm bab ini. Sedar ataupun tidak, kita masih kekurangan dalam sumber tenaga di dalam ekonomi Islam ini. Ramai masyarakat ISLAM ini yang berniaga, namun sedikit sahaja yang tahu dan terlibat dalam urusan pentadbiran ekonomi islam ini… Juru audit muslim, akauntan muslim, dan sebagainya..kita belum lagi mencapai kemenangan dalam menguasai ekonomi dan menegakkan ekonomi Islam ini.
Di dalam Al-Quran sendiri, banyak ayat-ayat tentang ekonomi yang berkait rapat dengan perniagaan jual beli, riba, infaq, sedekah dan sebagainya. Ini semua adalah syariat ALLAH yang perlu kita sebagai hamba NYA menuruti dan melakukannya. Jika syariat ALLAH dalam ibadah, siasah dan sebagainya dapat kita turiti, mengapa ini tidak? Sama-sama kita fikirkan kerana sesungguhnya kita adalah dikalangan ulul albab.
Aplikasikan konsep dakwah dalam berdakwah untuk ekonomi islam, iaitu mengajak orang lain kepada ekonomi islam yang kita banggakan kerana ianya dari al-Khaliq, bukan drai al-basyar (manusia). Jika para daie dan pendakwah mampu mengajak umat Islam kepada tauhid yang benar, mengapakan tidak mengajak kepada ekonomi islam yang benar.  Manusia dan ekonomi tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita.  Setiap minit, pasti terjadinya aktiviti jual beli dan perniagaan yang lain.. Inilah adaalah Ekonomi!

Di dalam surah As-Saff ayat ke 10 & 11, Allah berfirman yang bererti: Wahai orang-orang yang beriman! “Mahukah kamu Aku tunjukkan Sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah & Rasul dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu…”
Apa guna andai kita dikayakan dengan bermillion-million harta wang ringgit di dunia ini tetapi kita menjadi kikir di akhirat kelak? Apa gunanya ada segunung harta tetapi dibelanjakan dalam lading maksiat? Apa gunanya? Harta itu adalah kurnianNYA.. Harta dan nikmat kesenangan dan kekayaan itu juga adalah ujian disebalik kenikmatan rezeki yang dianugerakan ALLAH buat kita semua.
Sama-sama kita bincangkan dan kupaskan tajuk ini bersama. Ini tugas Kita bersama, bukan hanya kita mengharapkan kepada orang-orang yang tertentu semata-mata, namun usaha dan kesedaran dari diri kita adalah penting.
WALLAHU ‘ALAM… sekian dari ku, insan yang dhaif.
_amira_

Monday, November 5, 2012

~GERIMIS PAGI DI KANVAS HIJAU~



UJIAN HIDUP ITU SATU KEMESTIAN 
MENJADI FITRAH KEHIDUPAN MANUSIA 
YANG  DIUJI DENGAN PELBAGAI BENTUK UJIAN
KADANG KALA IA DATNG SEBAGAI MUSIBAH
KADANG KALA IA MENJADI BALA’…





DAN SETIAP YANG BERLAKU ITU ADA JAWAPAN DAN HIKMHANYA
FIKIRLAH DAN RENUNGLAH DUHAI DIRI
ALLAH MEMBERI SESUATU ITU PASTI ADA SEBAB
DAN SEMUANYA UNTUK KEBAIKAN HAMBANYA
MUMKIN UNTUK MENYEDARKAN DIRI YANG LALAI
MUMKIN JUA UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAANYA
KEPADA HAMBA-HAMBA YANG INGKAR

JADILAH AHLUL ALBAB
YANG SENTIASA MEMIKIRKAN DAN MENGAMBIL IKHTIBAR
DARI APA JUA KEJADIAN ALLAH

YA…UJIAN ITU KADANG KALA SANGAT BERAT UNTUK DILALUI
NAMUN, SIAPALAH KITA UNTUK MENOLAKNYA
UJIAN ITU SATU WADAH UNTUK MENGUATKAN IMAN
DAN KESABARAN YANG HAKIKI




MENANGISLAH ANDAI ITU YANG KAU MAMPU
BERGEMBIRALAH DENGAN UJIAN DAN NIKMAT ITU
BERSYUKUR, REDA DAN LALUILAH DENGAN HATI YANG TENANG
DAN SENYUMLAH PADA SEGALANYA

JALAN DAKWAH PERJUANGAN ITU 
MEMANG SANGAT SUSAH,BERAT DAN PERIT
MASIH PANJANG PERJALAN DAKWAH ITU
MUMKIN DALAM LANGKAH ITU ADA YANG TERSUNGKUR
DAN MERINTIH KEPENATAN 
MERASKAN TEKANAN DAN KESEDIHAN
DAN BERMULA LAH RASA SUKA DUKA
SEORANG DAIE

SERAHKAN HATI ITU PADA ALLAH
PERGI LAH DIRI MENGADU PADA TUHAN YANG ESA
HANYA BIMBINGAN DAN PERTOLONGAN 
DARI ALLAH YANG DIHARAPKAN
UNTUK MENYEMBUH HATI ITU

SERAHKAN TAKDIR INI DI TANGAN ILAHI
MENGUKIR KANVAS PERJALAN DAKWAH INI
SEMOGA DIRI TERUS MELANGKAH TANPA HENTI
WALAUPUN UJIAN HIDUP TERUS MELANDA
AKAN DITABAHKAN HATI DAN IMAN
UNTUK TERUS MENJADI DAIE
SELAGI MANA HAYAT TERKANDUNG DI BADAN
ALLAH…
JANGAN ENGKAU PESONGKAN HATIKU INI
JANGAN ENGKAU MEMBIARAKN AKU HANYUT
DENGAN PERASAAN EMOSI DAN NAFSU DIRI
PEGANGLAH DAN PIMPINLAH TANGAN DAN HATI INI
DALAM JALAN MU

ALLAH
PANDANGLAH DIRI INI
DENGARKAN RINTIHAN HAMBA 
TUNJUKKAN KU TAUFIQ DAN HIDAYAH MU
TURUNKAN RAHMAT DAN KEREDAAN MU
BUAT DIRI YANG DHAIF INI
KERNA AKU INGIN MENGEJAR
KEMANISAN SYURGA
DAN KEREDAAN DARI MU, YA RABBUL ‘IZZATI


Thursday, November 1, 2012


Keinsafahan diri…(fursan)
Diedit by me..

~muhasAbah JUMaat~
Hmm…di saat yg sunyi sepi ini
Dikala aku duduk keseorangan diri
Merenung ,memikir dan muhasabah
Ku memohon keampunan dari ILAHI

Bagaikan lautan bergelombang
Siang,malam,pagi dn petang ku mengharapkan ketenangan
Dan keampunan dari Tuhan Yang Esa
Betapa rimbunya dosa2 ku  ini
Yg kecil mahupun besar
Yang dahulu mahupun kini
Yang sengaja ataupun tidak
Semua terlakar di sebalik lembah usia yg semakin meningkat ini…
Salah dan silap di masa lalu 
Sangat  ku sesali akan semuanya
Ku tak layak ke syurga
Namun tak sanggup pula ku ke neraka
Tuhan,ku tunduk sujud merendah diri
Kembali kepada MU
Menghadap diri yg dhaif ini di hadapan MU
Air mata  keinsafan jatuh tanpa henti
Hati ini sakit dan terseksa
Ku memohon ampun dari taubat ku ini
Ku tetap setia pada MU,ya ALLAH
Akan ku patuhi segala suruhan MU
Dan akn juga ku jauhi segala larangan MU
Itulah tanda cintaku buat Mu YA MUHAIMIN,YA KHALIQ ku
Sesungguhnya yang pertama dan utama di dalam hatiku adalah ALLAH  
ALLAH…ALLAH…ALLAH…
Ampunkan dosa dan kejahilan kami…
Terimalah taubat dan doa kami…

_amira_hamba ALLAH_

Thursday, October 18, 2012

Mentafsir Rasa hati Si Dia..


Hanya tersenyum dan senyum sahaja yang dapat ku melihat dari riak wajah itu.Wajah itu penuh dengan sejuta bicara rahsia.Tidak mungkin dapat ku siratkan  kesemua makna disebalik komunikasi isyarat  tanpa kata itu.. Aaah, susahnya ingin ku mengorek rahsia hati “ Si dia”. Walaupun  “Si dia “ sangat rapat dengan diri ku, akan tetapi seorang yang kuat berahsia. “Never give up” itulah  prinsip ku. Akan ku cuba untuk menembusi bicara hatimu!

Seorang lelaki yang sangat baik dan sangat kacak. Memiliki hati yang sangat mulia bagi ku kerana tidak pernah ku terjumpa seorang insan yg berhati mulia dan selalu mengalah demi menjaga kebaikan umum dan demi kebahagian dan kesenangan orang lain. Walaupun diri dikorbankan, tidak pernah pula ku mendengar suara rintihan dan keluhan dari bicara mulut si dia. Sentiasa reda dan ikhlas memberi dan menolong. Bertuah nya diri dapat mengenali “Si dia”.

Kadang-kadang mengalir air mata ku ini kerana tersentuh dengan kebaikan dan kemulian hatinya. Andai diberi pilihan untuk ku berkahwin, insan seperti ini akan ku cari untuk jadikan bakal suamiku hingga ke akhirat. Amin.

Berwatakan yang serius, tegas dan lebih banyak diam dari berkata-kata serta boleh menjadi seorang yang pelawak secara tiba-tiba tanpa ada yang sedari. Serius dan tegas tidak beerti seorang yang garang, but he is so cool.

Si dia terlalu istimewa di hati ini…
ABAH.. itulah nick name “si dia”.. ABAH yang sangat ku sayangi dan cintai.


Selalu ja aku kena marah dan hampir-hampir kena pukul dengan “hanger”. Kelakar pula bila teringat dan mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak rebina. Sungguh, sangat nakal dan buas aku ketika masih kecil dulu. Rasanya dulu mesti penat mak ayah jaga aku  kecil-kecil dlu. Hahaha… Alhamdulillah, sekarang sangat baik (syok sendiri ja)..Semoga hidup matiku dalam kebaikan..Amin.

Hati seorang ibu kadang-kadang sangat senang untuk kita rasakan dan mudah ditafsiri. Namun hati seoranh bapa, siapakah yang peduli?

Di saat bahagian bersama suami,  si ibu  riang dan sibuk ditemani dengan anak-anak.Di saat bapa kemurungan hanya si isteri yang memahami dan merasainya.Anak-anak begitu sukar membaca reaksi si bapa..mengapakah?
Dari dulu ku selalu memperhatikan tingkah laku abah…sangat sukar ku tafsirkan… Mumkin dulu abah seorang yang sibuk, kadang-kala hanya di waktu malam sahaja  ku melihat keadaanya dan kadang-kala di waktu siang. Bagiku abah yang sangat tungkus lumus dalam mencari nafkah buat isteri dan anak-anak yang tersayang. Walaupun sibuk, tak pernah aku dan adik beradik ku yang lain dilupakan. Abah pandai meluangkan masa bersama. Kalau dulu ku jadikan abah sebagai idolaku dalam menjadi seorang Tentera Udara (TUDM) yg berjaya, tapi sekarang aku jadikan abah sebagai idola hidupku untuk melayari bahtera kehidupan. Aku selalu mencuba meluangkan masa bersama dengan abah.Ke mana saja abah nak pergi, aku akn bertanya dan meminta izin untuk ikut. Aku cua meraih jawatan “anak abah”.

Selalu ku perhatikan apa yang abah buat dan akan ku pastikan apa yang abah buat akan ku buat jua. Kadang-kadang ku merasakn aku sebagai anak lelaki, kerna semua kerja berat yang abah buat akan ku tawarkan diri untuk membantu. Bab nak membaiki mentol lampu rosak? Senang ja.. Jangan ingat perempuan tak boleh buat. Aku kan anak abah. Tapi hakikatnya aku anak abah dan ibuku..^_^

Begitu sukar sekali ingin ku mendengar kata-kata kasih sayang yang diucapkan seorang bapa buat anak-anak, terutamanya anak perempuannya. Pernah ketika di saat aku,  kakak-kakak ku & adikku sedang bersiap-siap berhias, abah masuk ke bilik dan memerhatikan kami..waktu tu aku melihat 1 senyuman yang sangat bermakna. Ku tahu itu bukan sekadar senyuman kosong namun ada makna di sebalik itu… senyum bapa yang sangat jarang diukir. ^__^

“Dah besaq dah anak-anak abah ni…(smily face)” kata Abah.

Aku terkejut dengan kata-kata itu..di jauh hati ini, aku menangis kerna aku sangat menyayangi abah.Aku tahu satu hari nanti kami semua akn terpisah dari Abah…Abah akan melepaskan kami kepada bakal suami masing-masing.. Aarrgghh, aku tak tahu aku mampu terima kenyataan ini.

 Sudah lama ku merasakan “kehausan” kasih sayang  dari abah. Semuanya hanya di waktu kecilku..kini ku merasakan kekurangan rasa itu.Tapi sekarang ku mengerti dan ku dapat merasai rasa itu...Walaupun mumkin sukar bagi seorang ayah untuk melakukan perkara yang sama seperti mereka lakukan dulu di saat anak-anak masih kecil . Apabila kian membesar, si ayah memahami dan menjadi “malu” untuk menonjolkan rasa kasih dan sayang buat anak-anak yang kian dewasa, apatah lahi si anak itu perempuan. Namun, tak akan hilang dan pupus rasa kasih sayang si bapa buat anaknya.

Bagiku abah la segala-galanya.. Ibu adalah penguat & pelengkap hidupku. Tak mampu ku lakarkan betapa besar rasa cintaku buat ibu dan ayah..mak abah, terima kasih…

Setiap kali abah pulang berkerja  sebagai “guard” ( setelah pencen) aku akan jadi sebak..entah mengapa, tapi hati kecil ini  mendayu-sayu teriak kecil. Aku dapat merasakan keletihan itu, kepenatan itu, kesungguhnya itu dan semuanya…aku rasa bersalah dan tersentuh melihat kecekalan seorang ayah yang tak pernak kenal erti penat dan letih. Tak pernah merungut dan memarahi tak tentu pasal.  Pasti ada sebab  di sebalik kemarahan seorang ayah. Kerna ketegasannya tidak sama seperti Si ibu. Kalau mak selalu bising-bising, tapi abah hanya biarkan mak memarahi dan menasihati anak-anak. Tapi, kalau si abah yang start menasihati dan memarahi anak-anak, maka sunyi sepi la rumah dan mak pun akan diam seribu bahasa,aku? Aku akn diam dalam senyuman.

Kalau mak akan bersuara buat anak-anak dalam 24jam sehari, tapi abah hanya 1jam sebulan…
Cukup susah untuk mendengar “leteran” abah..tapi bila dah dengar, “Zuupp” terasa tersangat dan masing-masing akn berkurung serta menjadi bisu.. takut…

Itulahlah kuasa seorang pemimpin keluarga, suami dan abah.. mana mumkin hanya menjadi pemerhati shaja dalam rumah, di sebalik pemerhatian, dia memikirkan dan mencari solusi dalam masalah yang wujud pada anak-anak dan keluarganya.


ABAH…
Kadang kala ku tak mengerti langkah gerak geri abah…semakin hari ke melihat perubahan sikpa abah..mumkin factor umur semakin meningkat dan factor kesihatan… ku cuba menghayati rasa bicara abah.. dan akhirnya ku temui jawapan itu.

Teringat aku pada majlis pertunangan kakak ku pada awal bulan September 2012. Aku melihat perubahan riak wajah abah dan emak. Walaupun abah nampak macam biasa tak “sekalut” mak, tapi sebernanya ku nampak kerisauan dan kegembiraan itu di wajahnya.

Hati BAPA mana yang tak gembira dan sedih, bila ana perempuan sulungnya yang selama 25 tahun dijaga dan dibela akn berpisah dan menjadi milik orang lain… tak dapat lagi abah melawak bermain-main dengan kakak.. Waktu sesi bergambar, aku lihat wajah dan reaksi abah dan mak. Dua-dua seperti malu dengan bakal besan dari “Kelate”.. Abah tak banyak cakap, semua diserahkan pada Pak Su Mansor dan Pak jang. Mak hanya diam dan senyum..aku? aku menangis dalam hati kerna aku tahu apa yang dirasai bah dan mak.. tapi aku gembira tersenyum kerna kakak selamat bertunang dan aku akn terima seoarang “abang” dalam kehidupan keluargaku. Mampu kah aku terima kehadiran  seorang abang ipar? Hmm… cubalah.. walaupun janggal, ianya 1 realiti yang mesti dihadapi.
Kadang kala aku terfikir, mampu ke aku hidup nanti andai kata abah pergi dulu dari ku? Dan mampu kah aku bertahan andai mak jua pergi dari ku?

ya, mati itu satu kepastian dan akan berlaku bila-bila sahaja.. aku pun tak tahu bila aku akn mati, mumkin ku pergi dulu dari keluargaku..semuanya berkemungkinan… Tak semestinya yang tua pergi dahulu dan yang muda kemudian. Umur bukan pengukur untuk siapakah mati dulu.. Semuanya di tangan ALLAH.. tak mampu dipikirkan akal manusia yang terhad.

Akhir sekali penutup bicara , aku sangat menyayangi abah, mak dan keluargaku..
Ku selalu berdoa semoga di akhirat nanti aku dapat berada bersama mereka di syurga nanti..
Buat mak dan abah, maafkan mira yang selalu ada saja karenah yang sengaja @ tak sengaja di buat…halalkan segala makan minum, dan halalkan semuanya. Doakn anakmu ini.


ABAH seperti langit yang membentang luas, yang sentiasa disamping anak-anak walaupun di mana kami berada…mengiringi kami dengan doamu…Terima kasih!!!

MAK seperti awan-awan yang sentiasa bergerak memerhatikan anak-anak..yang tak pernah penat letih menjaga anak-anak dan menjaga Abah jua..  Terima Kasih!!!

Tuesday, October 16, 2012

Cerita untuk kamu…



“Jangan mudah mengalah duhai ukhti” kata sahabat karibku, Leya. Walaupun kata-kata ini pendek tapi member suntikan yang besar buat diriku. “Never give up Humairah!, engkau kena kuat dan tabah..” monolog lagi diri ku.
Memang nak kuatkan diri itu sesuatu yang mencabar, tapi itulah yang paling “best” kerana kita telah mencabar diri sendiri untuk terus kuat dan terus berusaha untuk menang dan berjaya. Istiqomah dalam mujahadah.

Dilahirkan di Negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman dan dibesarkan di 3 buah negeri yang berbeza. Dari Kedah ke Kuatan, dan mengembara ke Terengganu dan akhir sekali kembali ke tempat asal, yakni Kedah. Banyak pengalaman yang ku kutip dan banyak juga pengalaman manis dan pahit terpahat di sanubariku. So, hargainya dan lakarlah di kanvas biru itu!

 Di saat malam hampir melabuh, ku intai di jendela sambil merenung akan sejarah dan kenangan silam ku..  hmm..hmm.. Huamirah..Humairah.. Apa nak jadi ni.. selalu ja merenung dan termenung. Penuh berimiginasi dan fantasi..kadang kala menjadi realiti,kadang kala menjadi fantasi si anak kecil.

Aahh, itulah diriku.. Humairah yang suka melihat alam ciptaan Tuhan dan suka “berangan-angan” dikala kesunyian hari. Dari penilaian sahabat-sahabatku, mereka bilang aku ni serius orangnya, dan agak sensitive hatinya dan lembut. Kalau dah kenal lama-lama tu baru tahu. “tak kenal maka tak cinta” Serius, Humairah sangat sayang semua orang di sekelilingnya..

Haha..ku senyum kegelakan keseorangan. Ada yang betul dan ada yang salah. Memang manusia di luar boleh menilai kita  berdasarkan apa yang mereka pandang, melihat dan tahu. Tapi yang setulus betulnya mereka tak dapat menekanya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yg tersembunyi dan juga yang nyata bagi hambaNya.

Serius? Macam mana kita nak ukur keseriusan itu? Adakah melalui riak wajah? Atau melalui cara dia bergerak kerja? Ataupun dengan  penilaian mata kasar manusia semata-mata?
macam mana ya?  
Masing-masing ada tahap penilaian dan ada pandangan yang tersendiri. Oleh itu kita kena berlapang dada dan positif ats pandangan dan teguran yang diberi.Jangan asyik nak diri sendiri saja yang selalu menang dan betul kan. Bagi  peluang pada orang lain nak bersuara..Hak bersuara tu kan untuk semua.Ingat diri bagus sangat ka? Kadang-kadang kita tak perasan dan tak kita tak pernah nak buka mata kita dan mata hati kita untuk koreksi diri kita yang banyak kelemahan. Kadang-kadang juga kita perasan akn kesalahan kita, tapi kita sangat sukar nak mengakuinya dan  membetulkannya.Mengapa agak ye? 

Kicauan burung semakin sayup-sayup kedengaran.. Tiba-tiba kedengaran lafaz azan yang sangat merdu  “Allahu akhbar… Allahu akhbar…..”
Laa..dah subuh rupanya..tu la Humairah, termenung ja kerja. Jendela oohh jendela hatiku. Hehe.. 

……………………………………………………………………………………………………………

Semuanya ada makna yang tersirat dan tersurat di dalamnya. Pandai-pandai la diri kita memikirkan dan menilai nya. Jangan buat sesuatu tanpa kita tak tahu, hanya ikut membabi buta @ taqlid sja. Kenalah berfikir sikit… Otak kita itu adalah anugerah yang paling bernilai dan 1 nikmat dari ALLAH. Guna kan sebaik mumkin dan jangan mudah “membodohkan” diri dan akal yang diberi. Usah dok sibuk memikirkan kepandaian orang lain, kehebatan orang lain dan sebagainya. Cubalah cari masa untuk memikirkan diri sendiri… cubalah untuk membantu diri sendiri. Manusia memang begitu, lebih pentingkan dan lebih membandingkn orang luar dan orang lain dengan diri sendiri. Apa gunanya ALLAH ciptakan kita berlainan cap jari, wajah dan lain-lain lagi.. apa fungsinya? Kalau smua orang dok sibuk nak jadi macam  orang lain dan tak nak menghargai diri yang sedia ada itu. Hargai diri, hargai kehebatan dan kekuatan diri..jangan terus Nampak keburukkan dan kelemahan diri saja.. apa pun yang terkandung dalam diri kita adalah kita dan semuanya datang dengan izin dan kudrat dan iradah Tuhan.

Percaya pada diri lebih penting dari anda percayakan orang lain. Keyakinan dan kekutan diri sendiri adalah kunci utama. Perlukan keyakinan orang luar untuk membentuk diri lebih yakin? Mustahil 100% anda akn berjaya..ianya akn berlaku dan bertahan sementara..kerna anda tak ingin untuk mencuba membina keyakinan dan kekuatan diri sendiri dengan hasil anda dan dengan keyakinan anda pada al- Khalid. 

Dengar tu Humairah…hatimu sedang berkata-kata dengan dirimu. Jangan terlalu takut pada kelemahan diri, jangan pedulikan apa yang orang akn buat. Mereka nak ketawa, silakan saja. Yang pasti Humairah yang dulu boleh melakukan transfomasi diri kepada Humairah yang baru yang lebih BERSYUKUR & lebih MEMAKNAKAN hidup dengan mewarnai kanvas kehidupan dengan pena mu sendiri. 

Terasa diri terlalu hina dan kerdil di hadapan ALLAH, adalah sangat bagus.. Keinsafan diri seorang hamba yang lemah di hadapan Sang Rabb Yang Maha Melihat. Terasalah diri dengan Muraqabah.. kerna ianya 1 kenyataan dan fakta, bukan satu pemalsuan. Yakin, ALLAH sentiasa memandang kamu walaupun di mana kamu berada.
“HUMAIRAH!!!” 

Suara hati yang berada di jauh pelusuk qalbi yang menjerit meronta untuk dilepaskan ke angkasa..namun apakah daya, hanya telinga hati yang mendengar dan ALLAH lah yang sentiasa Mendengar lagi Maha Mengetahui.


“Ya Allah, aku nak jadi macam hamba-hamba MU yang soleh dan solehah itu..tapi aku…aku terasa bgaikan tidak mampu. Ku perlukan kekuatan dari MU, Ku pohon semoga kau menjauhkan aku dari apa pun bentuk maksiat yang mampu menggelamkan impian ku. Salurkan perasaan kasih, sayang dan cinta buat ku kepada hamba-hambaMU yang ENGKAU redai dan ENGKAU kasihi.”

air mata itu satu nikmat… tak semua orang mampu menitiskan air mata. Setitis air mata keinsafan yang mengalir membasahi rauk wajah itu umpama sebuah permata yang sangat mahalnya.

Gunakan emosional yang ALLAH anugerahkan pada hati naluri seoarang wanita dengan sebaiknya di jalan yang betul. Jangan kalah dengan nafsu emosional yang menjadi raja penentu keputusan. Berfikir secara waras dan professional, bukan emosional yang ter “over’’ dan tak seimbang. Keputusan itu akn memakan diri dan secara tanpa sedar telah menunjukkan kelemahan diri serta mencacatkan kehidupan.

Warnai kehidupan hidup ini dengan warna-warna yang diingini dan disukai.. Jangan terlalu regim dgn protokol alam, tanpa berpaksi teguh dengan syariat aqidah Islam.
HATI itu memuja MU
Jiwa ini mengingati MU
Segalanya Ku pasrah pada ketentuan dan kehendak MU…

Sepuas mana ku melakar lakaran itu
Tak akan sempurna tanpa Kekuasaan MU & Pertolongan dariMU

Usah bermain jauh duhai hati
Kerna diri ini risau takut ditinggalkan
Tanpa Iman di hati dan tubuh
Hidup ini bagaikan sebatang lidi yang rapuh

Ya TUHAN, jangan pesongkan hati ini
Kerna ku tak  pernah kuat
Tanpa hidayahMU &
  Tanpa redaMU…

Friday, October 12, 2012

Didiklah diri hidup dengan berekonomi




Qanaah adlh sederhana..yakni bersederhana.Merasa cukup apa yg ada, tidak terlalu meminta-minta pada yg tak ada. Sft qanaah sngt perlu diamlkn dlm hidup ini..supya kita semua selalu rasa syukur dan tdk terlalu membazir wang ringgt dan apa sja. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat dan rezeki yg ALLAH berikan..Walaupun kadng2 kita rasa seperti tdk mencukupi,tapi BERSYUKURLAH..Allah Maha Pemberi..Dia lah Ar-Razzak..

Usaha dan doa serta tawakal padaNYA.. jangan pula malas usha tpi doanya minta macam2 bnda..slah ni.Tak mau tAK mau macam tu. BETUL kn balik cara itu.

ALLAH itu lebih MAHA MENGETAHUI. Bersedrhanalah dalm perbelanjaan di saat ekonomi yg kian merosot. Buatlah bajet dn plan kita dlm perbelanjaan harian @ bulann kita. Nanti bila sudah kering poket dan dompet, mula lah kita tertnya-tnya & terfikir-fikir kemanakah wng kita pergi dn bagaimana ia dibelanjakn... Renung kembali.. Selama kita berbelanja ni, rasa-rasanya dekat mana kita banyak habes kan wang dan harta kita? Dengan bersedekah dan infaq? Alhamdulillah.. jgn pula duit rnggt kita itu dihbeskn dengan belanja pakwe makwe, tgk wayg couple set.. BAik la kita smpn bg dekat mak ayah pergi haji @ umrah ka.. Kan lagi bagus?

Rsulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “ALLAH  memberikan rahmat kpd seseorg yg berusaha mencar harta dgn jalan yg halal & membelanjakannya dgn cara sederhana dan berhemat srta menabung lebihannya untuk hari susah dan keperluan.”(riwayat Ibn al-Najjar).

Bermujahadahlah melawan nafsu dan sentiasa memerhartikan khdpn org lain yg kurang bernasib baik drpa kita. Jgn melihat dan membandingkan diri kita dengan org lain yg ALLAH kurniakan kesenangan & kemewahan.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Lihatlah kpd org yg lbh rendah darpdamu & jgn melht kpd org yg lebih tinggi.Itulah tembok yg kukuh supya kamu x menghina pemberian Allah kpdmu.” (riwayat al-Bukhari)

SIFAT JEMAAH ISLAM DAN AHLINYA


ramai yg mempersoalkan apa tu Jemaah Islam...dn rmia juga yg msih tdk memahami dn thu apakh yg dimaksudkn jemaah Islam ini...so,jom kita bca artikel ni yg saya petik daripada Ustaz Haron bin Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.


Jemaah Islam sepatutnya bersatu sekalipun berlainan posisi dalam melaksanakan peranan dakwah.

Inilah padahnya apabila sesebuah jamaah tidak menghayati sifat-sifat sebuah hizbuLlah.


JEMAAH yang terdapat di kalangan anggotanya sifat-sifat hizbullah adalah seperti berikut:
1]. Cintakan Allah SWT dan Allah cintakan mereka.
2]. Merendah diri sesama Mukmin. Tidak meninggi diri atau meleceh-lecehkan mereka.
3]. Bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak Mukmin.
4]. Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang membencinya.
5]. Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul-Nya dan para Mukmin (pemimpin).
6]. Mendirikan solat.
7]. Menunaikat zakat.
8]. Sentiasa takut kepada Allah Taala.

Sifat-sifat yang tersebut di atas itu selari dengan firman Allah Taala di dalam Al Quran yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman. Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang salaing kasih-mengasihi (dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir; mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah Kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya. Sesungguhnya penolong engkau hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung segala perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah Taala dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah Taala, itulah yang tetap menang" (Al Maidah:54-56)

Selain daripada itu, jamaaah Islamiah adalah juga dianggotai oleh mereka yang memiliki sifat-sifat berikut :

1].Sentiasa bertafakkur kepada kebesaran Allah dan kejadiannnya. Allah berfirman sebagaimana maksudnya,"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman" (Al Jathiyah:3)

2].Takut hanya kepada Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka" (Al Anfal:2)

3].Taat kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud,"...Serta taatlah kepada Allah Taala dan RasulNya, jika benar-benar kamu orang-orang yang beriman" (Al Anfal:1)

4].Kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada - Ulil-Amri (orang-orang yang menjadi pimpinan kamu) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu bantah-membantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (An Nisa':53)

5].Berkasih sayang kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. Sabda Rasulullah,"Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah" (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi).

6].Benar-benar bertawakal kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud,"Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya,'Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman" (Al Maidah:23)

7].Saling ingat mengingati di antara satu sama lain. Firman Allah Taala bermaksud,"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" (Az Zaariyat:55)

8].Berbudi pekerti yang mulia. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud,"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling mulia pekertinya" (Hadis diriwayatkan di dalam Sunan Abi Dawud dan lain-lain).

9].Bergembira apabila melakukan perkara taat kepada Allah dan berdukacita bila melakukan maksiat. Sabda Rasulullah S.A.W,"Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim)



10].Berjuang secara amali, tidak hanya teori mahupun lisan semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat yang tertentu sahaja (yang eksklusif sahaja). Sebagai mana sabda Rasulullah S.A.W,"Akan terus wujud segolongan umatku yang berjuang di atas kebenaran dan berterus-terang sehinggalah ke hari akhirat (kiamat)" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas, maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. laitu ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri, bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia wujud.


Oleh : Ustaz Haron bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.