بسم الله الرحمن الرحيم...
Assalamualaikum
sahabat-sahabat dan teman-teman yang saya kasihi dan saya doakan semoga kita
semua selalu berada dibawah rahmat dan keredaanNYA. InsyaALLAH, amin.
Alhamdulillah…rasa rindu pada blog, sudah lama diri ini meninggalkan blog dan
penulisan. Rindu pada jari jemari yang asyik mencoretkan kisah, tazkirah dan
suka duka pengalamn kehidupan diri dan sahabat-sahabat di sekeliling. Kini
masanya ku update news post!
Hari ini ana nak
berkongsi serba sedikit perkongsian yang ana rasa sangat penting buat kita
semua…semoga sama-sama kita ambil ‘ibrah dan cuba untuk praktikal dalam
kehidupan kita ini.InsayaALLAH.
Apa yang ingin ana
utarakan adalah mengenai “Ekonomi Islam”. Hari ini, khususnya di bumi MALAYSIA
yang dikagumi kita melihat bahawa adakah Negara kita ini sudah 100% menggunakan
iqtisodiah islamiyyah (ekonomi islam) ? cukupkan dengan wujudnya penubuhan
“bank-bank Islam”? cukupkan dengan dikatakan “Islamic finance”? Hari ini semua
bank berpusu-pusu untuk membuat perbankan islam termasuklah bank-bank
non-muslim seperti CIMB bank, maybank dan sebagainya. Dengan wujudnya
“perbankan islam “ ini masyarakat khususnya rakyat Muslim merasakn kelegaan dan
selamat… Namun, masih banyak lagi keraguan dan permasalahan yang perlu kita
semak dan perbaiki.
Masalah riba pada
hari ini jugak masih ditahap yang kritikal. Tanpa sedar dan sedar kita terlibat
dalam menerima dan memberi riba. Apakah itu RIBA? Riba ialah az-ziyadah iatu
tambahan @ kelebihan. Maksudnya lebihan atau penambahan wang dalam sesuatu
pinjaman, jualan dan sebagainya. Di
dalam al-Quran ALLAH telah menjelaskan dan menyebutkan tentang riba. Perkataan
riba ini disebut di dalam 4 surah, iaitu surah al-Baqarah, al-‘Imran, an-Nisa’,
dan ar-Rum. Jelaslah bahawa ALLAH mengharamkan riba ini dalam sebarang aktiviti
perniagaan ekonomi Islam. Cuba kita menyelak
buku akaun kita, dokumen perjanjian pinjaman dan transaksi wang kita. Adakah
kita salah satu pelanggan TETAP RIBA?
Islam itu syumul.. di dalam ekonomi, ALLAH
sudah menyediakn syariat dlm bab ini. Sedar ataupun tidak, kita masih
kekurangan dalam sumber tenaga di dalam ekonomi Islam ini. Ramai masyarakat
ISLAM ini yang berniaga, namun sedikit sahaja yang tahu dan terlibat dalam
urusan pentadbiran ekonomi islam ini… Juru audit muslim, akauntan muslim, dan
sebagainya..kita belum lagi mencapai kemenangan dalam menguasai ekonomi dan
menegakkan ekonomi Islam ini.
Di dalam Al-Quran
sendiri, banyak ayat-ayat tentang ekonomi yang berkait rapat dengan perniagaan jual
beli, riba, infaq, sedekah dan sebagainya. Ini semua adalah syariat ALLAH yang
perlu kita sebagai hamba NYA menuruti dan melakukannya. Jika syariat ALLAH
dalam ibadah, siasah dan sebagainya dapat kita turiti, mengapa ini tidak?
Sama-sama kita fikirkan kerana sesungguhnya kita adalah dikalangan ulul albab.
Aplikasikan konsep
dakwah dalam berdakwah untuk ekonomi islam, iaitu mengajak orang lain kepada
ekonomi islam yang kita banggakan kerana ianya dari al-Khaliq, bukan drai
al-basyar (manusia). Jika para daie dan pendakwah mampu mengajak umat Islam
kepada tauhid yang benar, mengapakan tidak mengajak kepada ekonomi islam yang
benar. Manusia dan ekonomi tidak dapat
dipisahkan dalam kehidupan seharian kita.
Setiap minit, pasti terjadinya aktiviti jual beli dan perniagaan yang
lain.. Inilah adaalah Ekonomi!
Di dalam surah
As-Saff ayat ke 10 & 11, Allah berfirman yang bererti: Wahai orang-orang
yang beriman! “Mahukah kamu Aku tunjukkan Sesuatu perdagangan yang dapat
menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah &
Rasul dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu…”
Apa guna andai kita
dikayakan dengan bermillion-million harta wang ringgit di dunia ini tetapi kita
menjadi kikir di akhirat kelak? Apa gunanya ada segunung harta tetapi
dibelanjakan dalam lading maksiat? Apa gunanya? Harta itu adalah kurnianNYA..
Harta dan nikmat kesenangan dan kekayaan itu juga adalah ujian disebalik
kenikmatan rezeki yang dianugerakan ALLAH buat kita semua.
Sama-sama kita bincangkan dan kupaskan tajuk ini
bersama. Ini tugas Kita bersama, bukan hanya kita mengharapkan kepada
orang-orang yang tertentu semata-mata, namun usaha dan kesedaran dari diri kita
adalah penting.
WALLAHU ‘ALAM… sekian dari ku, insan yang dhaif.
_amira_