"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Wednesday, January 23, 2019

Tujuan Dan Arah Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan adalah satu perjanjian, satu ikatan, satu amanah dan satu wadah untuk suami isteri menuju ke syurga mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Syukur pada Yg Esa yg telah menjadikan kasih sayang dia antara kita untuk kita memilih membina masjid dgn tujuan Kerana mencari Redha Allah.

Perkahwinan juga satu perjuangan yg memiliki satu tujuan di bawah Rahmat Yg Esa. Kita berjalan seiringan untuk bersama berjalan mencapai kehormanian kebahagiaan mahligai yg kita bina.

Perkahwinan juga adalah untuk membentuk keluarga yg melahirkan anak-anak Umat Rasullullah yg mengenal Allah dan Rasul.

Belajar dan terus berjuang hingga ke akhir hayat untuk kita membina mahligai keluarga Islam yang penuh barakah dan rahmat.

Tuesday, January 22, 2019

Harapan Vs Rezeki...

Assalamualaikum.

Malam ni rasa sangat nak tulis dan cakap dengan seseorang, tapi tak ada teman nak luahkan cerita. So, just written up story in this blog. So, tak la pendam dan sedih sangat. Hahaha. As sesi meluahkan perasaan dan rasa kejap malam ni.

Harapan Vs Rezeki.

Semua manusia mempunyai harapan dan masing-masing Allah dah tentukan rezeki masing-masing.  Subhanallah, rezeki nikmat Allah tu sangat luas dan banyak. Tak mampu nak kita hitung.  Alhamdulillah3×


Okay, malam ni nk cerita pasal keajaiban rasa seorang isteri selepas berkahwin. Semua wanita bila dah kahiwn ni, benda yg dia sangat gembira teruja ada menimang cahaya mata. Cahaya mata tu adalah satu anugerah paling indah untuk suami isteri yg pertama kali nak ada anak ni.


Sebulan dua bulan dah kahwin tu perasan nak ada baby tk la kuat sangat, biasa2 ja. Tak ada merancang dan tak mengharapkan sangat. Masing-masing sibuk dan duduk pun jauh2, kahwin hidup dalam pjj.
Lama2 dan masuk bulan 3 ke atas, orang semua sibuk bertanya dan tgk kawan2 yg baru kahwin dah  hamil dan ada baby. Yg ada baby dah, nak masuk number 2 baby. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi.

Dan aku masih senyum kuat bertahan dan mengharap.  Memang sangat nk baby.  Tk tahu nk ckp mcm mana.  Kadangkala tu rasa segan ja dgn org dan dgn keluarga mertua.

Menangis dalam hati dan monolog, "positif Mira, insya Allah, ada la rezeki hang nanti.". Senyum ja org tanya. Minta orang  doakan moga ada la rezeki kami nanti Allah bagi. Aamin.


Cerita bulan 12, 2018.

Period datang lewat dalam 3 hari mcm tu. Excited la sebab dalam hati ni berbunga sangat, kata mungkin ada "isi" kot. Happy tak sangka sekali dgn husband.  Siap beli la pregnancy test tu.  Sebut pasal cek UPT ni, actually banyak kali dah beli dan test. Hehe. Saja la intai test. Kot2 ada isi.

Tapi still negatif. Takpa..keep move on dan mengharap. Sebab hari ke empat bulan 12 yg lewat period tu, period datang. Time tu agak kecewa la. Tapi takpa, sebab fikir Allah SWT lebih mengetahui waktu yg sesuai untuk kami memiliki anak.. Reda dan terus mengahrap dan berusaha.  Keep pray.


Tahun 2019, January.

Tahun ni, masing-masing decide untuk balik perak- kedah, selang 2 minggu sebulan.  Kira 2 kali sebulan ja jumpa balik ulang alik, demi saving dan masa depan. Huhu

Then, for this january ni, period still lewat 6 hari, punya la semangat nk cek beli upt semua. Siap ajak husband pergi buat scan. Hahah..over sangat.

Nak cek dgn suami tk sempat, sebab dah nak balik kedah. So husband kata cek di Kedah, nanti share result. Firstly, sangat sedih sebab kena cek sorang-sorang dan tak ada suami di sisi nk temankan. Haha
...gedik sangat kan kita. Tapi suami pesan, kena belajar kuat dan berdikari. (Oohh...time tu dgr perkataan tu ayaq mata jatuh berlinangan membasahi pipiku).. bagi isteri, ini adalah pengalaman pertama dia nk feeling rasa untuk jadi bakal ibu. Dan sangatlah mengharapkan suami dia teman ada selalu di sisinya. Drama sangat la.. huhu



Tak tahu la, banyak main perasaan dan layan merajuk. Oh perempuan. Kesiannya suami kita kena layan karenah isteri dia yg macam-macam hal. Huhu


Okay,  beli UPT sampai 3, dan kesemuanya negatif. Dan tetiba rasa sakit perut mcm nk period. And then pergi cek, ada bleeding. Okay, period. Okay, memang tk mengandung. Just reda. But tengah nk reda tu, bohong la kata kita tk sedih. Of course, sedih tersangat-sangat tk tahu nk ckp.

Maybe i was so stressed out untuk nak hamil nak ada baby, sampai i rasa semua simptom ibu mengandung (peraaan ja, padahal bukan😂) berangan rasa je. And husband layan ja. Haha. Siap tk minum cafe, tk makan nenas dan mcm2 lagi.  But, Allah knows better. He has a good plan for us. I kena belajar untuk kuat dan reda dgn iklasi sepenuh hati.


Ya, isteri beli dan test upt test tu banyak kali, tu tanda perkara biasa bagi mereka yg terlalu rasa terdesak untuk preggy. Sampai lupa bahawa itu kerja Allah. Dia yg memberi rezeki. Kita da usaha, tapi bukan atas sebab usaha kita Allah nak baby. Sebaliknya semua atas kehendak dan ketentuan Allah. Rezeki Allah, kita hanya meminta, yg memberi itu Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani


So, teruskan berharap dan yakinlah dengan rezeki Allah.


Muhasabah balik, istighfar banyak-banyak. Mungkin kadang kita terlalu harap dan nak, sehingga kita jadi kecewa sangat,  stesss dan bila kita sedih stress, kita tk perasan apa yg kita dah tuturkan dan cakap. Dan seolah kita tk yakin dengan kekuasaan kebesaran Allah.


So, pujuk diri cepat2 balik.. takut tersasar hanyut dalam kesedihan melampau dan sampai kita menidakkan kebenaran hak sebenarnya..


Buat suami, teruskan perjuangan untuk memberi sokongan moral, nasihat dan sabarlah dgn isteri anda... Mereka sangat unik. Ya, unik dan terlalu kompleks untuk di jaga..hhahahah.. Hati mereka sungguh halus... Isteri  pulak jgn la terlalu over nak suami pujuk dan buat gitu gini. Percayalah, depa tak akan buat. Hahaha. Untung sangat nk buat tanpa di suruh.   Kadangkala apa yg suami janji tk semua depa akan ingat dan akan buatkan. So jangan amek peduli dan fikir sangat. Fikir kebaikan , kehebatan dan pengorbanan suami. Masya Allah.. suami kita sangat osem!


Just cool and happy. Okay saja. Insya Allah, pasti ada rezeki nanti. Keep positive and put high confidence to Allah.


Yg menanti dalam sabar dan redar.

Doakan kami dikurniakan anak-anak yang Soleh dan solehah penyejuk jiwa dan mata. Aamin.

Wednesday, January 9, 2019

Nasihat buat pengantin baru.

Perkahwinan itu bukan mengenai tentang persamaan sahaja tapi mengenai hal tolak ansur, perbezaan dan pengorbanan.

Di mata masyarakat, hanya seorang isteri yang perlu mengalah dan berkorban, tapi di mata Islam, suami dan isteri itu perlu sama-sama bertolak ansur dalam hal tanggungjawab dan perasaan.

Selalulah kita melihat akan kebaikan dan kelebihan pasangan kita berbanding melihat pada kekurangan dan kesalahan nya.

Semakin banyak kita bersyukur dan meraikan, semakin utuh kuat sebuah perhubungan.

Kurangkan perselisihan faham, tambahkan kasih sayang dan cinta sesama pasangan.

-motivator rumah tangga-



Puisi Rindu Untuk Suami Tercinta

Sebuah rindu
Tidak dapat ku lakarkan mahupun ku tuliskan di atas sekeping kertas putih.

Kerana sebuah rindu itu
terlalu luas dan subjektif
Tak mampu di huraikan dengan kata-kata.

Sebuah rindu itu
hanya mampu terkandung erat dalam hati.
Rapi tersimpan merindui kekasih hati.

Sebuah rindu
Dipisahkan oleh jarak, namun kasih sayang dan cinta semakin bertambah,
Rindu semakin kuat,  mengingati seorang yg dikasihi jauh di sana.

Biar jasad dan mata tidak bertemu, namun hati selalu berpaut akan rasa rindu dan cinta.

Puisi seorang isteri buat suami yang dirindui. 💑




hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.