"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Saturday, September 15, 2012

GOLONGAN YANG TERCICIR DARI JALAN DAKWAH


~menyebarakn dakwah adalah amalan terpuji dan sangat2 dituntut bg seorang Muslim.dalam kita menyampaikan risalah2 dan menyebarkn dakwah Islam, tak mustahil antara kita diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran..itulah asam garam buat seorang daie.Menjadi adat kebiasaan antara kita dlam berkumpulan atau berjamaah diuji mahupun secara individu ataupun berkelompok..
ada antara kta yg kuat dalam mengharungi mehnah dan tribulasi dan ada juga yg hampir jatuh dan ada juga yg terus hanyut ...hati manusia mana yg tak merasa lemah..hanya kekuatn pada ALLAH, kita harapkn.

Antara-antara sebab keguguran/tercicir dlm gerakn ialah:-


  • Berhubung Dengan Gerakan/Harakah Itu Sendiri (Sistem & Pergerakkan)


      1. Kelemahan dari sudut tarbiyyah

      2. Tidak meletakkab seseorang itu ditempat yg sesuai.
               -kegagalan kerja dan tugas
               -kerugian para ‘amilin (perkerja/anggota)

     3. Tidak membahagikan kerja kepada anggota/ahli.
               -pengagihan kerja secara betul
               -harakah (gerakan) perlu mengetahui kecenderungan anggota-anggotanya.

     4. Tidak mengambil berat hal ahli

              -ahli/anggota yang mempunyai masalah dari segi jiwa, keluarga, wang dan sebagainya.

     5. Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
              -sesuatu harakah/gerakan perlu ada cara bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
              -memahami persoalan dan masalah yang timbul.

     6. Pertikaian dalaman
              -penyakit harakah paling bahaya
              -faktor pemusnah harakah
              -merosakkan hubungan antara ahli
              -menimbulkan pertengkaran dan pertikaian mulut


  • Sebab Anggota  Itu Sendiri


1. Tabi’e yg tak tetap
-ahli merasakan sesuatu dasar @ peraturan itu sebagai satu kesusahan dan bebanan

2. Takut akan berlaku sesuatu pada diri & pendapatan (rezeki)
-syaitan menakut-nakutkan mereka

3. Melampaui batas dan berlebih-lebihan
-ahli cuba melakukan sesuatu yang lebih dari kemampuan diri
-ahli melampau batas( terlalu ekstrem)
-tak dapat terima sikp serdahana


  •  Sebab suasana yang menekan dan sebab luar


    1. Tekanan ujian (mehnah)
    2. Tekanan keluarga
    3. Tekanan gerakan-gerakan bahaya
    4. Tekanan bermuka-muka (riak & ujub)
        -menaikkan diri sendiri= ujub
        -terlalu ego 

~ terdapat pelbagai lagi sebab dan faktor yg mnjadi penyebab seseorg itu tercicir dari sesebuah gerakan...semoga diri kita di jauhkan dari perasaan lemah dan takut dlm terus istiqomah dalm menyambung rantai2 perjuangan para Rasul..Insya ALLAH..^____^




Saturday, June 23, 2012

kosong..kosong..jgn biar diri seperti tin kosong

Bismillahirrahmanirrohim...

teringat akn lagu kosong, dr najwa latif...kosong..kosong..kosong...
huhu...tak tahu sngt lgu ni, tpi pernah dengar..
di sebalik lgu ni, di hujung lirik nya ku tertarik dengan "kosong" itu..penuh erti bg ku..terasa dgn istilah "kosong" itu...terasa diri ni masih kosong..masih kurang dari ilmu-ilmu dunia dan akhirat...
bila diri ingin menjadi seorang daie, namun apakah persedian ku?bukan hanya menjadi daie yg semata-mata di bibir, tapi ingin ku laksanakan nya dlm diri dn kehidupan ku.
ku mencari kekutan untuk kuat dalam membentuk diri..ku berdoa pada ALLAH, semoga impian ni bukan menjadi angan-angan mat jenin, tapi menjadi realiti untuk ku berjuang di jaln ALLAH.
TAK menjadi halangan untuk diri sebagai wanita dan muslimat untuk sama-sama berjuang di jaln NYA. yang penting diri kena ikhlas dan sungguh-sungguh dalm perjuangan ini.Muslimat kan sayap kiri muslimin dlm perjuangan.Siapa LAGI yg perlu menyambung rantai-rantai perjuangan RASULLAH, kalau bukan kita sebagai seorang MUSLIM?
semua manusia yg dilahirkan sebagai ISLAM, adalah MUSLIM dan daie...DI beri amanah dalam mentadbir bumi dan amar makruf nahi munkar..siapa lagi nak buat kalau kita sebagai manusia.

"jgn jadi tin kosong ja..." teringat lagi kata ni..Mengaku diri ni pejuang Islam, TAPI tahu tak pasal sirah-sirah nabi, sirah sahabat-sahabat nabi dan kisah-kisah pejuang ISLAM dahulu? semua ni asas..bila tanya  dalil ayt al-Quran  untuk hujah2, teragak-agak nk bagi...apa ni? ALLAHUAKHBAR...so, buat diri sendiri berubah la..kesedian untuk berubah. INSYA-ALLAH, KU pasti boleh! kita sama-sma ya teman-teman ku..


duhai teman ku,
andai ku lemah,ingatkn dan sedarkan diri ku,
bawalah ku bersama kalian dalam mencapai keredaan ALLAH
dan pimpinlah daku
agar ku tak tersesat jln dlm perjuangan ini
duhai temanku,
hebatkan diriku seperti kalian
ingatkan diri ni  kepada ALLAH
Untuk ku terus kuat dan istiqomah dlm perjuangan ini...
terima kasih teman-teman 

 banyak kisah2 tokoh2 wanita muslimah dlm perjuangan..antaranya kisah isteri nabi MUHAMMAD S.A.W, SAIDATINA KHADIJAH.
Saidatina khadijah bt khuwailid digelar "Afifah solehah"..contoh dan teladan untuk wanita dalam perjuangan.Beliau sanggup berkorban sgl kekayaannya dalm menolong suami tercinta di jaln jihad fi sabilillah.Bersama-sma membntu menyebarkn dakwah dan sentiasa bersma Rasulullah di kala senang dan susah. Tak pernah merungut di kala susah sepanjang hayatnya bersama Rasulullah.Terus setia dan kuat...ALLAHUAKHBAR!

mampukah ku menjdi seperti beliau?..di zamn era yg moden ini mampukah diri ini? ALLAH, kuatkan iman dan teguhkan hati ini.

perjuangan ini memang pahit dan byak halangan, ujian dan bnyak berkorban..namun ianya manis di syurga.Walaupun diri,jiwa, dan harta perlu dikorban, usah sesekali menyesal dan berputus asa, teruskan langkah dalam perjuangan...ujian itu penawar diri dan wasilah untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Berjiwa lah besar dalam jihad dan ujian ini..ujian ini tak sama seperti ujian di zaman RASUL dan anbiya' terdahulu..ujian ini hanya kecil untuk ku lalui di zaman ini..
ingat kan diri supaya usah manja dan meraskan selesa dengan apa yg dimiliki dan dirasai sekarang...bersyukur pada Ilahi apa yg ada dan diterima...bila selalu merungut, takut kemanisan perjuangan semakin surut dn hilang..takut nanti di sna, hnya kosong sja amaln kita..dek kerna hati tak ikhlas..na'uzubillah...
ALLAH matlamat kami, Rasulullah teladan kami, al-Quran petunjuk kami,syahid di jln ALLAH cita-cita tertinggi kami... amin.
~hamba ALLAH~

Monday, April 16, 2012

ISLAMIC STUDY VS SCIENCE STUDY...

assalamualaikum semua! semoga sihat dan iman semakin kuat hari ini.insyaALLAH.^__^
Lama tak menulis dah..ALLAH,rindunya nak karang mengarang ni...
dari dulu sampai sekarang saya tengak dan perhatikan.Sampai sekarang ianya msih ada dan berlaku.Tak ada perubahan..kenapa ya?hmm..i don't know..but i try to solve and open their eye about this.
Today we see,many people in university and they so struggle and study hard in their studies.ALHAMDULILLAH, they  love to study and love to find knowlegdes.This is so good and ISLAM encourage Muslim to study (talibal ilmu) till die.
But today,we hava some problem.I think this is big problem...but whos care this problem?anyone can change this rule and this fikrah?
hmm...kenapa perlu pisah kan agama dari sains?kenapa perlu pisahkan sejarah dan ISLAM?knapa ya?kadang-kadang bila tengak ni dah macam sekular pembelajaran.ye, memang kita tak nampak,tapi sebernanya ia berlaku..buka mata tuan dan puan...anda sedang di cerakinkn..selalunya universiti akn pisahkan antara art prgm dan science program...art ni maksudnya macam kos2 prgm yg low standard and low class...kenapa sya ckp mcm tu? cuba tengak kat brefing prgm..sangat2 berbeza dan sungguh tak adil.bias dan prejudice..maaf la nak kata, kalua tengak balik, apa motif pihak tertentu meletakkan syarat2  yg sangat "rendah" berbanding sains program? knapa kah? org selalu kata, ala kan kos sains tu susah,kos agama senang ja..hafal dan ingat ja...sains ni kena fahamla, ingt la,ada ekspirimen la dan bagai2 la alsana untuk mengatakan sains tu hebat ,sain tu untuk pandai2 ja..yg kurang2 ni adalh kos n prgrm agama..THIS RIGHT??? how can people like this make wrong conclusion... ALLAH, nampak  sgt macam nak merendahkan org2 yg  ambek kos agama dan art ni..
Ada satu cerita, kwn saya bercakap..
si A: AArggh..tension ya..exam dah dekat.banyak ya nk study.dah la berat dan susah.kena score cgpa..cgpa ana dah la tinggi..awak tak pa la,kos art ja..cgpa rendah ja yg kena score..tak banyak persaingan dan senang ja.

si B: (DALAM hati BERMONOLOG...) issh3..tak da insurans ckp.sakit hati ini.rasa nk menangis ja..knp semua org ckp mcm ni..teruk sngt ka budak2 prgm art dn agama ni?sng sgt ka apa yg aku belajar ni..low standard ka belajar agama ni?ya ALLAH...
SABAR ya hati...
si B pun dgn hati yg 'alamatun sodri ni pun cakap la kat si A NI..tak pa wak, belajar la elok2..budak sains ni kat smart n pandai2...boleh punya.study dri skrg..yg mana tak paham tnya madam awak tu..saya ni nak tolong, tak reti la...apa la yg sya tau..belajar agama ja..kan? kan? kan?

so,how you feel something?...knp perlu pisahkn agama dan sains...dan knp perlu kata begitu?kenapa?
IKUT CGPA YG Ditetapkan oleh unvrst:
1)art prgrm: 2.25
2)science prgrm: 3.5
NAMPAK?..jauh sgt beza...knp ada jurang di antra kami?knp tk letak art prgm kpd 3.5 jugak?
susah senang tu bukan ukurn untuk letak cgpa...kualiti?nk kata sains students ni more quality than art students?...
ni semua mcm ala2 barat.yg mana memisahkan agama dari khdpn dan pembelajaran...budak dan kelas agama dipisahkan dari semua..di asingkan.. kalau dulu2, sekolah inggeris dan pondok..kini...
hmm..tegak sekali mumkin tak nampak..tapi kesan nya sgt2 tajam dan halus..
ramai mereka mereka ni telah di bassuh pemikiran dan fikrah...set min diubah...tapi ada jugak yg ok..alhamdulillah.Namun hanya berapa kerat yg sedari akn ini? berapa kerat yg nampak dan sedar?
awak? awak? kamu? masih lagi yg dalam dunia akademik yg dicaturkan...

kadang-kadang kita tengak untuk program arts ni kita tengak kemudahan yg diberikan kepada department arts sndr dan stdnt arts ni kurang kualiti dan tak setanding science...seperti juga biasiswa dan pinjaman...kalau perasan tak banayk sangat biasiswa yg ada untuk stdnt yg dlm prgram agama dan art ni..kesian kat mereka ni...di pinggirkan..di "levelkan" dan di perlakukan seperti ini..kenapa org tengak students ni sebelah mata...padahal kita belajar sama ja.Yang berbeza adalh silivus2 pembelajaran dan kaedah nya..nk kata yg ni cerdik dan yang ni kurang cerdik,siapa lah kita nak buat penilaian..cuba buat eksperimen...tukar position..stdnt sains ni suruh belajar kat  prgram art @ agama ni..mampukah mereka lakukn sebaik nta dan adakah ia senang dan mudah seperti mereka katakan itu?
dan sebaliknya...sebernanya kita sama ca...iq dan eq lain2...tak boleh la kita memandang rendah kpd students art dan stdnt yg ambek kos agama ni mcm tu..jgn rasa HEBAT sngat "sains" anda belajar tu..sebernanya sains tu adalh sebahagian dalm agama...seimbangkan ia...KOS APA pun anda, anda jgn ketepikan hak anda sbg MUSLIM tu..JGN lupa kita ni adalh agama ISLAM.
sAMA2 kita belajar untuk meningkatkan mutu khpdn dan memahami ISLAM keseluruhannya.
JANGAN anggap kita bukan pelajar agama dan bukan kos agama,beerti kita tak boleh menyampaikan dakwah dan kta tak dituntut dlm menunaikan syariat.KOS apa pun,aurat tetap perlu dijga,solat stil wajib dan sama ja dengan budak2 koa agama @ sek agama.kita pun kena belajaq dan memahami ISLAM sedalamnya. tanpa agama,apa lah erti sains itu...dan tanpa amalan,apa lah gunanya pelajaran ilmu agama yg kita pelajri tu..
sya bkn nk slah kan anda sebagai pelajar aliran sains dan salahkan anda sebgai pelajar kos agama..tapi saya nak kita sama 2 fikirkan dan ubah pemahaman dan pemikiran ini...
anak2 akn datang akan lebih jauh hebat dari kita..kita tak nak ank2 itu berlumba2 mengejar untuk jdi doktor, jadi ahli farmasi tapi lupakan agama yg utama..kita tak nak orang memilih  untuk belajar aliran agama adalh satu medium utuk pelajar yg low clsss dan sbg pelajaran yg snang nak skore semata2..tapi disebabkan keinginan dan 1 semanagt untuk mengubah dunia ini dan mendalami ilmu2 agama untuk menyebarkn ISLAM dan berdakwah...kita nak anak2 kita jadi doktor yg mampu bedah manusia dan juga adalah imam masjid,ahli pendakwah dan boleh menjdai ustz untuk masyarakat...Kita nak anak2 ni jadi ustza dan dlm masa yg sama dia menjadi orang master dalm englishnya, boleh jadi ahli akauntan dan boleh menjadi segalanya....
itu lah harapan ku...
tak nak org2 di luar memandang kos agama ni sbg lower class dan kurang kualiti...
tak nak masyrakat terus dgn fikrah yg "sekular"...
~Semoga kita sama2 dapat menjadi pelajar yg cemerlang di dunia dan akhirat~
maaf dipinta kalau ada yg slah dan silap.....^_____^

Monday, February 27, 2012

RENcah Rasa...

            or

Manusia diberikan HATI dan AKAL FIKIRAN...
manusia itu beremosi...ada suka gembira, ada sedih gembira dan sedih kedukaan, ada resah gelisah, ada ketakutan, ada geram dan benci, ada stress  dan tertekan...DAN banyak-banyak lagi..

kalau awak manusia,awak tahu apa yg awak rasa...kita rasa dan kita sedar apa yg kita rasa..^___^


ini cerita,bukan gosip...
ini cebisan coretan potret rasa insan...bukan luahan untuk dikasihi dan dikomen
apatah lagi untuk di buat ketupat basi oleh kalian yang bernama manusia...
Sanggup ka nak makan daging manusia sendiri??? kalau hobi tu suka mengumpat dan ratah daging manusia,sila la nak mengumpat...


mengisi masa yg ada kekosongan sikit ni untuk memotivasikan diri dan membarakan semangat...
merawat hati dan mengurangkan rasa jiwa ini...
biarlah apa nk dikatakn orang lain..ini HAK personal,SO...tulis la apa nk tulis...Biarlah memberi manfaat bukan kesesatn pada yg lain..


APA YG SAYA RASA SEKARANG??? jUJURnya,saya rasa agak "stress" dan dalam masa yg sama saya rasa gembira...ANDA?


tak dapat tipu la..kadang-kadang tu ada jugak rasa geram dan tertekan dalam diri.mumkin dalam fatrah sekarang dan keadaan sekarang dan orang-orang sekeliling sekarang banyak mempengaruhi diri dan menjadikan ku sebegini rupanya...bila sakit,orang tak faham dan menambahkan rasa sakit itu...ADUH! al-fahmu bainal insan tak da ka??? di manakah ta'aruf dan tafahum? ALLAH...


Bohong la kalau kata saya KATA, saya tak pernah sedih dan tension.di riak wajah dan dibibir dilafazkn : "I'M ALWAYS HAPPY AND COOL..." (ayat penenang ja ni)..tapi betul-betulnya dalam diri yang satu lagi penuh dengan rasa dan masalah...Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui...ALLAHUAKHBAR.


saya rasa gembira apabila segala masalah saya, saya luahkan dan buangkan...Allah Maha Mendengar, so hanya pada NYA  la yg layak kita memohon agar segala dipermudahkan.SUBHANALLAH. 
LA ILAHA ILLALLAH... 
Allah lah yg akn memberi kemudahan selps segala kesushn ini...memberi kelapangn selepas kesempitn ini..


Gembira kn hati...senyumlah sepuas nya UNTUK menggembirakn hati yg di zon "kritikal"...
sesungguhnya dengan mengingtai ALLAH, hati mampu menjadi tenang dan damai...
segala yg diterima itu datang dari NYA, Tak kira la ujian,musibah, kesenangan dan sebagainya.ALLAH memberi untuk kita lalui dengan CARA yang betul dan menggunakan iman di jiwa dan hati,bukan selesaikan dan laluinya dengan emosi dan nafsu nafsi kita saja.


SABAR tu indah..sabar tu kunci untuk berjaya dan mengawal diri dari segalanya..Bila nak marah, ingat Sabar.Bila Sabar,jiwa tenang...tak ada nk marah-marah,tak ada nak rasa sedih-seduh nak tak ada nak fikir bukan-bukan.


 ALLAH ajar kita sabar..bersabar dalam semua benda.Betapa kuatnya ikatan sabar dan iman....



Sabar itu mempunyai 4 wajah:
1.sabar ats sgla fardu yakni ats penanggunan masyaqqahnya hinnga tertunai dgn sempurna.(sbr ats fardu ain)
2.sabar ats bala' yakni ats kesedihn,pedih panasnya hingga tak da marahnya.(sbr pd musibah)
3.sbr ats menyakiti hati manusia sekira-kiranya ditingglkn akn dia ats kelakuan yg elok,mka tiada dia mengira-ngirakn bg mereka itu sekali-kali (sbr ats menyakiti manusia mahabbah)
4.sbr atas kepapaan/kemiskinann dan kesempitan pda hidupnya (sbar pada kekurangn dan fakir)

TENGAK, Semua nya memerlukan sabar..,kesabaran yg kuat diperlukan dalam melayari bahtera di dunia ini. So, SABARLAH duhai diri...

kita menAngis dan mengadu pada Tuhan...
SUBHANALLAH! ALLAH Maha Mengetahui...
ALLAH jwb segala persoaln dan doa kita...
ALHAMDULILLAH..."BE strong from the inside..."
ALLAH sentiasa Ada dan Mendengar segalanya..

kerungsingan dan kegelisahan di hati kadang2 membuatkan diri hampir berputus asa,namun iman di hati MEnangkasnya...usah berputus asa dan usah bersedih.ALLAH maha mengetahui dan apa yg terjadi ada hikmahnya...REDA pada apa ada dan sabar bg apa yg tiada...BERSYUKUR dan BERSEDERHANA dalm hidup di dunia.Insya-ALLAH.^___^
 
jangan sesekali kau merasa putus asa kerna ALLAH telah mempersiapkn di sebalik itu kebaikan yg banyak bagimu..apa yg menurutmu menhyusahkn boleh jd mmbwa kebahagian akhirnya..seperti mendung d langit yg awlnya berkecamuk dn petir yg menakutkan,ttp akhirnya adalh butiran2 hujan yg mmbwa penghidupn rahmat dari ALLAH…
ya ALLAH...semoga coretan ini mampu menguatkan hati ku...bermonolog dengan diri sendri melalui external way through myblog.
~ku kuat kerna ku yakin ALLAH bersama Ku...~

Friday, February 24, 2012


< مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ ). < رواه مسلم)


“Barang siapa yang menunjukkan seseorang jalan kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala kebaikan orang tersebut yang mau melakukannya.” (HR. Muslim)

Friday, February 3, 2012

LAFAZ hati berbicara...

hati ini sering bergolak,
mencari kepastian & kebenaran,
tentang erti kehidupan ku ini,
semakin hari ku melihat bumi ini semakin lemah..
begitu jga keadaan penduduk bumi ini
ramai manusia sudah bongkak dan sombong
mengapakah perlu aku berasa sombong dan bongkak?
walhal aku dan kamu berpijak di bumi ciptaan hak ALLAH
tidakkah kita malu?
adakah kita tidak tahu akan keazaban dan pembalasan ALLAH?
adakah kita lupa @ kita lalai lagi alpa?
duhai diri,duhai insan...
ayuhlah kita sama-sama mencari jawapan
sama-sama menyedarkn diri yg dhaif ini
sama-sama menegakkan Islam di BUMI
khususnya negara kita..
marilah amalkan konsep amal makruf nahi mungkar bersama

kita bersama-sama,usah bersendirian..,
kekuatan berjamaah mampu merialisasikn impian 
untuk ISLAM  dan menyambung perjuangan Rasulullah


sama-sama kita berselawat kepada kekasih ALLAH, Nabi MUHAMMAD S.A.W

aku insan yg kadang kala lemah dan aku juga seperti kalian..
ku mengharapkan kekuatan kalian bersama-sama..

Sunday, January 8, 2012

cerMINKAN saYA!



senyumlah seindah suria
senyumlah,kerna ia sedekah pahala
senyumlah untuk bahagia 
senyumlah untuk muda..

 "ala,ustaz tu dok ceramah ja sakan,tapi anak dia tu mat rempit.." kata seorang insan..SEDIH ku dengar..dia mengutuk ustaz tu.kalau la ustaz tu dengar..pasti lagi sedih dia kan.
hidayah tu kan milik ALLAH.Alhamdulillah ustaz tu cuba dan dapat memberi ceramah,menyambung dakwah rantai perjungan Rasulullah..Kita ambek yang baik dari ustaz dan para dakwah.Yg buruk kita buangkan.Kita sedap ja dok kata kat org,dah cermin dah diri kita??berapa banyak dah kita sebarkn dakwah?berapa banyak kita tolong ALLAH & Rasul?..tepuk tangan,muhasabahlah kita bersama..


memberi nasihat itu milik semua...nak tunggu insan yg sempurna datang dan memberi nasihat,jawapannya meme la tak ada..kerna kita manusia.Bukan seorang nabi dan rasul yg maksum.Kita cuba lakukan walaupun pelbagai mehnah yg datang..mulut orang di belakang,tepi dan depan kita tak dpt tutup..biarlah mereka dengan kerja mereka..nanti-nanti mereka penat jugak..dan akhirnya mereka akan diam juga..di hina dan di kutuk anggaplah sebagai semburan haruman minyak wangi yg kurang wangi...ingat,ALLAH bersama kita..


hmm..pernah rasa Geram?marah? semua pernah..rasa marah dan geram,rasa sedih dan rasa terhina…itulah perasaan dan rasa kita takala dikutuk, di caci, dan dihina..ALLAH s.w.t yang tahu..betapa sembilunya hati..diri ini diperlekehkan..APA yg mampu ku lakukan? Tersenyum jwpn nya..namun di jauh hati ini,menangis…
ku tahu aku bukan lah sempurna..aku bukanlah terbaik..aku bukanlah alim sehebat para da'i seperti kalian..aku hanya menolong Dan menyebarkan secebis dakwah yg kurasakan aku perlu laksanakan.Namun ku tahu,bukan diri ku seorang yg begini.Rasulullah  sendiri pernah di hina dan di maki.Para ulama’ juga begitu..dan rami lagi yg pernah mengalaminya. ANDA juga?


Allah berfrman yg bermaksud: “ Dan janganlah kamu memaki sembhan2 yg mereka sembah selain ALLAH, kerna mereka nanti akn memaki ALLAH  dengan melampaui btas tanpa pengetahuan.” (surah al-An’am 6:108)


Cuba kita positifkan minda sekejap untuk membahagiakn diri.Mumkin org yg mengutuk kita itu ikhlas dan ingin membetulkan keslahan dan kesilapan diri kita.Namun, dia terslah uslub dan caranya menegur itu slah tanpa disedari.So, janganlah kita membalasnya kembali.Tahanlah diri daripada mengutuk,mencaci dan menghinanya kemabali.Senyum dan ucaplah terima kasih..di luar sana penuh para pendakwah..namun hanya berapa kerat sahaja yg mampu member kesan kpd masyarakat. Ada yg terlalu keras ucapannya..dan ada yg lembut bicaranya.Manusia memiliki tahap kecerdasan dan pemahaman yg berbeza.oleh itu.sesuaikanlah bicara kita itu mengikut tahap2 yg tertentu berdasarkan mad’u kita.


Prof Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi berkata: “ Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci maki kebatilan.” Subhanallah..BEGITU DALAM MAKNA INI..Beliau  berkata lagi: “Manhaj saya sepangjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan dan menghimpun bukan mencerai-beraikan.Akan saya biarkan sertiap org ,memilih sesuia dengan pilihannya.”


Berhati-hatilah dalam perdebatan kita..takut2 kita mencela para ulama.Jangan kita membuat andai sndri akn kesalahan ulama’ itu. Yg pasti,kita ni tak sehebat amaln seperti para ulama'.Sama-sama kita merenung kata-kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi: “Sesungguhnya org yg menjatuhkan nama2 ulama besar kerna sebahagian kesalahan yg mereka lakukan bukan org yg bersikap adil dan x pula termasuk dlm kalangan org yg tepat dlm mengambil sikap. Ini kerana mereka menuntut maksum drpa org yg x maksum.Di mana ada penunggang kuda yg x pernah jatuh? Di mana ada pedang yg x pernh tumpul? Di mana ada bndera yg terus berkibar?”


Kita ambillah kebaikan dripada ilmu mereka dan jgn sekali kita ambil yg keburukan mereka.Jika kita bandingakn diri yg kerdil ini dengan para ulama, bagaikan langit dan bumi…betapa kerdilnya kita.. sama2 kita meraikan dan berlapang dada.Kita juga mumkin pernak melakukan kesalahan dan kesilpan kita tanpa sedar @ sedar.Mumkin banyak dan sedikit.Betul dan slah itu adal;ah lumrah bagi  hidup ini.Kita tak mampu untuk lari dri semua ini.Memohon ampun dan bertaubat dalam segala dosa2 kita..itulah  ubatnya.
Syeikh Yusuf al-Qardawi berkata: “sesungguhnya kekerasan x harus dihadapi dgn kekerasan.Hendaklah kita memperlakukan anak2 muda yg penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yg menyejukkan.Jauh dari kata2 kasar dank eras.X banyak menyalahkan mereka serta jgn menghina mereka.”


Sama-sama kita cuba mengubah diri dan berfikir positif dan optimis..INSYAALLAH.
jangan kita terpedaya dengan bisikn Syaitan..JADILAH DA'I  WALAUPUN ANDA RASA TIDAK LAYAK.kita ada tanggungjawab atas diri kita..amanah kita terhadap ALLAH, Dan semua.CUBA untuk menjadi pendakwah buat diri,keluarga dn sahabat-sahabat..CUBA jadi da'i buat semua..Kita tolong ALLAH,PASTI ALLAH tolong kita..
tapi,di smping kita cuba semua tu,kita pun kena CUBA nasihat diri kita,Ubah diri ke arah lebih baik..insyaALLAH..kita mmpu lakukan..ANDA juga!
POSITIF DGN UJIAN..
POSITIF DENGAN KRITIKAN..
~Senyum pada ujian,indahnya ISLAM~

_AMIRA_

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.