hidup ini tidak selalu indah
kerana langit juga tidak selalu cerah
dan pelangi juga tak selalu menjelma..
malam yang suram tak bererti tiada bintang
dan pagi yang mendung bukan bererti Sang Suria menghilang
kerna itulah lukisan alam
yang berada di bawah naungan ALLAH S.W.T
Bila bersendirian tidak bererti tiada teman
usahlah rasa kesepian
walau tak ditemani teman seperjuangan
hakikatnya kita tetap ditemani dan diperhatikan
kita tak pernah keseorangan kerna ALLAH sentiasa menjadi peneman
Gelap dan terang sama saja
di mana jua kita berada
kita tetap di perhatikan
setiap langkah dan perlakuan
akan sentiasa di pantau lagi diawasi
semua perbuatan akn dikira dan di catatkan
dalam diari amalan seorang hamba..
carilah ALLAH di dalam hati bersama iman dan taqwa
usahlah bersedih dan gelisah..
berfikirlah sejenak takala bersendirian
dan berzikrlah sepanjang masa takala hidup masih ada..
No comments:
Post a Comment