Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama
insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi
dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada
Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik
dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah
kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan
yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia
mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang
ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat
kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir
umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu
bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan
beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"
Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.
Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.
Tuesday, September 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hamba ALLAH..
- Noor Amira
- alor setar kedah, islam, Malaysia
- Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.
No comments:
Post a Comment