SHARE..
HUKUM PAKAI INAI
Kepada yang baru nak kawin @ kawin semula .... Sekadar rujukan kepada semua. Semoga apa
yang di lakukan berlandaskan dalil yang sahih...
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH - Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin)
dan lelaki memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w MENGUTUK orang yang
menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk
pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan
(memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung
rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan
dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685
: Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir
bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-
betul hujung jari".
----------------petikan pendapat tokoh-tokoh agama----------------
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat
Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia BERCANGGAH dengan ajaran AGAMA ISLAM dan
mencerminkan budaya Barat.
Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu
melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang
haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.
Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang
dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota
badan. ''Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng
badan dengan inai. ''Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan
keganasan,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian
INNAI ALA TATU di tangan jelas MELANGGAR HUKUM SYARAK .
Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang
mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.
Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan
untuk air sembahyang melaluinya. ''Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang
selepas dua atau tiga hari di tangan,'' ujarnya.
Pendakwah bebas, Daud Che Ngah berkata, pemakaian inai yang bersifat lebih
kepada tatu adalah dilarang kerana ia menggambarkan ajaran yang bercanggah
dengan agama Islam. Namun menurutnya, pemakaian inai tidak kekal sebenarnya dibolehkan
dengan niat untuk berhias kepada suami pada hari perkahwinan.
''Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini
macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan. ''Salah kalau sengaja membuat tatu
walaupun dengan inai. Tatu itu sendiri dilarang kerana ia bukan budaya kita,'' jelasnya.
Sementara itu, budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, pemakaian
inai itu sendiri mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri
kepada masyarakat. ''Orang dulu pakai inai sebab hendak tengok kesucian seorang gadis. Mereka
hias pengantin perempuan dengan inai yang tahan untuk sembilan bulan,'' katanya.
Oleh itu, kata Siti Zainun, trend wanita sekarang yang gemar memakai inai
tanpa tujuan malah mengukir pelbagai gambar di badan dilihat melanggar
budaya.
*Sumber: Utusan Malaysia 10/02/08
"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"
Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.
Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hamba ALLAH..
- Noor Amira
- alor setar kedah, islam, Malaysia
- Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.
No comments:
Post a Comment