بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, seizin-Nya, masih lagi diri ini bernafas
di atas dunia yang penuh mehnah dan juga cabaran.
Cabaran yang kadang-kadang menguji keimanan,
cabaran yang menggoyahkan perasaan, cabaran yang
mampu meruntunkan prinsip ini.
Subhanallah, ujian Allah itu terlalu besar ertinnya buat
diri yg menemui erti hakikat sebenar diuji. Hati ini juga
diuji, diuji dengan segala prinsip yg diperjuangkan.
Hanya Allah sahaja lebih tahu ujian apakah yang Dia
turunkan. Dan Dia jualah mengetahui akan kemampuan
kita untuk mengatasinya
Benar kata Allah
(Surah Al-Baqarah:286) ALLAH berfirman yg bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari
kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada
orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah
kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum
yang kafir.”
YA ALLAH..KUATKAN DAKU DALAM MELAYARI UJIAN
DAN MUSIBAH INI...
Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan
amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai
orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat
132).
satiap kali perasaaan marah dan geram menjelma dalam
diri..kadang-kadang diri ini tak mampu
mengawalnya..sering kali terbabas danakhirnya diri ini
menyesal dan rasa bersalah dan berdosa..YA
ALLAH...lemahnya IMAN ku dalam mengawal perasaan
amarah sendiri.
..diakui bukan mudah untuk menjadi seorang
pemaaf.KaDanG2 mumkin diri ini sudah memaafkn nya
namun semuanya begitu susah untuk ku lupakan..
bukan erti ku berdendam..namun...itulah realiti diri...
Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah
sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf
dalam diri...aduhai diri..begitulah aku insan seorang
hamba ALLAH S.W.T
Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan
keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif
dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama
lain.Benci vs cinta..rindu vs lupa..maaf vs
dendam...semua ada pasangan negatif dan positif...
Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu
mekanisme yang saling ingin menguasai diri
seseorang.Iman dan takwa menjadi pengemudi
melahirkan sifat yang mahmudah, namun syaitan pula
mengambil tempat mendidik sifat-sifat
mazmumah..syaitan sentiasa menggunakan kelemahan
manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul
sifat-sifat yg negatif(mazmumah)..
“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat
ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan
kedua orang tuamu dari syurga, dia menanggalkan dari
keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada
kedua auratnya.” (Al-A’raf, 27)
janganlah kita mudah untuk mengikuti dan tergoda akn
bisikan syaitan dan iblis..nanti diri akan menyesal dan
membawa kita kepada jalan yang salah...
Allah SWT telah memperingatkan kita mengenai fitnah
syaitan. Fitnah adalah ujian dan cubaan, jika kita berjaya
maka tidak akan terjadi kerosakan namun, kerosakan itu
terjadi jika kita terjatuh kepada fitnah.
~Keikhlasan ku teruji, disaat hati berbolak-balak...Aku terpanggil untuk mengenang
kembali IKHLAS hatiku. Jauh di sudut hatiku menjerit untuk Allah!!!!! Namun,
suaranya
suaranya
sayup-sayup kedengaran jauh di pelosok rongga hati ku yang kian kelam.Aku mohon
kepada khaliqku agar disucikan hati ini, kerana hanya hati yang bersih mampu
memberi
memberi
firasat yang benar. Hati yang bersih bukan sahaja memudahkan ilmu meresap masuk
ke
ke
dalamnya..malah kemurniannya akan terpancar pada wajahnya. Aku ingin menjadi
insan
insan
itu.ikhlas itu yg pasti adanya di dalam hati. Berusahalah mencari keikhlasan kerana
ia
ia
selalu bersembunyi di sebalik kemahuan. Janganlah kerana keinginan hati, ikhlas itu
diketepikan ~
insan ini akn cuba menjadi orang yg sentiasa ikhlas dan sabar
insan ini akan cuba menjadi seorang yg pemaaf danpenyabar
insan ini akan cuba menjadi tabah dan kuat
insan ini bertawakal kepada ALLAH dengan sebulat hati di samping usaha ini...
~aku hamba ALLAH~
No comments:
Post a Comment