ramai yg mempersoalkan apa tu Jemaah Islam...dn rmia juga yg msih tdk memahami dn thu apakh yg dimaksudkn jemaah Islam ini...so,jom kita bca artikel ni yg saya petik daripada Ustaz Haron bin Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Jemaah Islam sepatutnya bersatu sekalipun berlainan
posisi dalam melaksanakan peranan dakwah.
Inilah padahnya apabila
sesebuah jamaah tidak menghayati sifat-sifat sebuah hizbuLlah.
JEMAAH yang terdapat di kalangan anggotanya sifat-sifat hizbullah adalah
seperti berikut:
1]. Cintakan Allah SWT dan Allah cintakan mereka.
2]. Merendah diri sesama Mukmin. Tidak meninggi diri atau meleceh-lecehkan
mereka.
3]. Bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak Mukmin.
4]. Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang
membencinya.
5]. Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul-Nya dan para Mukmin (pemimpin).
6]. Mendirikan solat.
7]. Menunaikat zakat.
8]. Sentiasa takut kepada Allah Taala.
Sifat-sifat yang tersebut di atas itu selari dengan firman Allah Taala di dalam
Al Quran yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman. Sesiapa di
antara kamu berpaling tadah dari agamanya (menjadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang salaing kasih-mengasihi (dia kasihkan mereka dan
mereka juga kasihkan dia); mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap
orang-orang yang beriman dan berlaku tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir;
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak
takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia
Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha
Luas limpah Kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya. Sesungguhnya penolong
engkau hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang
mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung
segala perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah Taala dan Rasul-Nya
serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana
sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah Taala, itulah yang
tetap menang" (Al Maidah:54-56)
Selain daripada itu, jamaaah Islamiah adalah juga dianggotai oleh mereka yang
memiliki sifat-sifat berikut :
1].Sentiasa bertafakkur kepada kebesaran Allah dan kejadiannnya. Allah
berfirman sebagaimana maksudnya,"Sesungguhnya pada langit dan bumi
terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang
beriman" (Al Jathiyah:3)
2].Takut hanya kepada Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila
disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka" (Al
Anfal:2)
3].Taat kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud,"...Serta
taatlah kepada Allah Taala dan RasulNya, jika benar-benar kamu orang-orang yang
beriman" (Al Anfal:1)
4].Kembali kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah bermaksud,"Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada - Ulil-Amri (orang-orang yang menjadi pimpinan kamu) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu bantah-membantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya" (An Nisa':53)
5].Berkasih sayang kerana Allah dan membenci juga kerana Allah. Sabda
Rasulullah,"Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih
sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah" (Hadis
ini diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi).
6].Benar-benar bertawakal kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud,"Berkatalah
dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi
yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya,'Seranglah mereka
melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah
orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah
(setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang
beriman" (Al Maidah:23)
7].Saling ingat mengingati di antara satu sama lain. Firman Allah Taala
bermaksud,"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang
beriman" (Az Zaariyat:55)
8].Berbudi pekerti yang mulia. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud,"Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling mulia pekertinya" (Hadis
diriwayatkan di dalam Sunan Abi Dawud dan lain-lain).
9].Bergembira apabila melakukan perkara taat kepada Allah dan
berdukacita bila melakukan maksiat. Sabda Rasulullah S.A.W,"Apabila
kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah
melakukan keburukan, maka itu tandanya kamu beriman" (Hadis
diriwayatkan oleh Imam Muslim)
10].Berjuang secara amali, tidak hanya
teori mahupun lisan semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di
tempat-tempat yang tertentu sahaja (yang eksklusif sahaja). Sebagai mana sabda
Rasulullah S.A.W,"Akan terus wujud segolongan umatku yang
berjuang di atas kebenaran dan berterus-terang sehinggalah ke hari akhirat
(kiamat)" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas, maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. laitu ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri, bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia wujud.
Oleh : Ustaz Haron bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas, maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. laitu ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri, bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia wujud.
Oleh : Ustaz Haron bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
No comments:
Post a Comment