"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Thursday, November 6, 2014

Kerana sebuah tarbiyah…

Kerana sebuah tarbiyah…


Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, izinkan pena ku ini, menulis dan berbicara rasa di hati. Bismillah...

Bukan untuk ku mengadu dan mengeluh,bukan jua untuk mearih simpati. Tetapi sebagai muhasabah dan renungan diri. Dengan ini ia mengajar dan mendidik hati, untuk aku terus kuat, tabah, dan bangkitkan diri maju kehadapan.

Kerna sebuah tarbiyah, aku mengenal dan mengerti. Dari “zero” kepada “hero”. Dari tidak tahu, aku menjadi seorang yang cakna dan cinta pada ilmu. Aku merelakan segala rasa
, baik sakit di jasad,tubuh mahupun sakit di hati dan perasaan ini.

Kerna sebuah tarbiyah, aku menjadi tabah dan kuat. Menjadi seorang yang lebih bersabar dan mengerti erti sebuah pengorbanan.

Kerna sebuah tarbiyah, aku belajar erti susah dan aku mendapat bahagia dalam cinta yang hadir padanya. Hidup mesti selalu memberi, kerana dengan memberi kita mendapat apa yang kita kehendaki.

Sesungguhnya, memberi itu lebih bahagia dari menerima dan sesungguhnya setiap pengorbanan rasa, harta, tenaga dn masa itu adalah satu hadiah yang lahir dari cinta.. semuanya Kerna sebuah tarbiyah.
Pengorbanan ini atas kerna ALLAH, walaupun sejuta hati membenci diri ini, walaupun sejuta mulut mengutuk dan bicara akan diri ini, aku reda. Kerna akau yakin, Allah lah yang Maha Mendengar dan Dia juga Maha Mengetahui.

“ In nallah hama’ana”, “ sesungguhnya, Allah  bersama kita”..itulah jawapan yang aku pegang. Allah selalu di sisi kita, Dial ah yang menemani kita setiap masa suka duka seorang hambaNYA. Letakkan lah pengharapan dan kebergantungan yang tingi dan besar kepada Allah, kerna Dialah Pemilik dan Pentadbir Alam sekalian Makhluk ini.

Alhamdulillah, aku dipilih oleh NYA untuk merasai nikmat suka duka dalam atas jalan dakwah ini. Bukan untuk bermain dan bersuka duka, tetapi untuk berperang menuju perjuangan menegakkan Islam.

Kerna sebuah tarbiyah, aku mengubah segalanya dan aku pasrah segalanya.
Hidup matiku hanyalah untuk Allah. Moga Allah redai diri ini dalam mengharungi jalan dakwah kehidupan ini.

Dulu, ku merasakan dunia ini sempit, tetapi sekarang ku merasakan dunia ini luas, sangat luas. Dunia ini seluas lautan dan langit, penuh dengan nikmat dan ujian.
Rahmat Allah meliputi segala-galanya. Walaupun, dosa hambaNya setinggi gunung, akan tetapi, pengampunan dan rahmat Allah lebih luas meninggi segalanya.

Mumkin, aku tak segagah berani seperti Asma’ Abu Bakar, dan aku juga tak sepandai sebijak Saidatina ‘Aisyah, tapi aku tidak pernah berputus asa untuk mengubah diri dan berputus asa dalam meneruskan dakwah ini.

Aku ingin menjadi seperti Saidatina Khadijah, yang menjadi tulang belakang kepada suami dalam menyebarkan dakwah, yang meletakan perasaan di belakang, mengutamakan apa yang lebih penting, bersama menemani Baginda Rasulullah dalam mengharungi onak duri perjuangan Islam sehingga hayat terakhirnya. Baginda Rasulullah merasakan pemergian seorang isteri yang sangat Baginda cintai dan sanjungi kerna pengorbanan seorang isteri yang sanggup bersama seorang suami dalam perjuangan Islam yang penuh ujian, yang banyak memberi sokongan dan semangat dalam meneruskan risalah perjuangan dakwah untukm ummah.

Allah... mampukan aku seorang wanita biasa ini menjadi serinkadi muslimah yang hebat?
Dapatkan aku terus kuat, tabah dan thabit dalam perjuangan dan dakwah ini. In sya allah, aamin.

Allah, ampunkan hamba mu ini. Moga reda Allah bersama kita dan moga tarbiyah ini terus kuat di hati kita.

Noormaira_071114.

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.