Kerana sebuah tarbiyah…
Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui,
izinkan pena ku ini, menulis dan berbicara rasa di hati. Bismillah...
Bukan untuk ku mengadu dan mengeluh,bukan jua untuk mearih
simpati. Tetapi sebagai muhasabah dan renungan diri. Dengan ini ia mengajar dan
mendidik hati, untuk aku terus kuat, tabah, dan bangkitkan diri maju kehadapan.
Kerna sebuah tarbiyah, aku mengenal dan mengerti. Dari
“zero” kepada “hero”. Dari tidak tahu, aku menjadi seorang yang cakna dan cinta
pada ilmu. Aku merelakan segala rasa
, baik sakit di jasad,tubuh mahupun sakit
di hati dan perasaan ini.
Kerna sebuah tarbiyah, aku menjadi tabah dan kuat. Menjadi
seorang yang lebih bersabar dan mengerti erti sebuah pengorbanan.
Kerna sebuah tarbiyah, aku belajar erti susah dan aku
mendapat bahagia dalam cinta yang hadir padanya. Hidup mesti selalu memberi,
kerana dengan memberi kita mendapat apa yang kita kehendaki.
Sesungguhnya, memberi itu lebih bahagia dari menerima dan
sesungguhnya setiap pengorbanan rasa, harta, tenaga dn masa itu adalah satu
hadiah yang lahir dari cinta.. semuanya Kerna sebuah tarbiyah.
Pengorbanan ini atas kerna ALLAH, walaupun sejuta hati
membenci diri ini, walaupun sejuta mulut mengutuk dan bicara akan diri ini, aku
reda. Kerna akau yakin, Allah lah yang Maha Mendengar dan Dia juga Maha
Mengetahui.
“ In nallah hama’ana”, “ sesungguhnya, Allah bersama kita”..itulah jawapan yang aku
pegang. Allah selalu di sisi kita, Dial ah yang menemani kita setiap masa suka
duka seorang hambaNYA. Letakkan lah pengharapan dan kebergantungan yang tingi
dan besar kepada Allah, kerna Dialah Pemilik dan Pentadbir Alam sekalian
Makhluk ini.
Alhamdulillah, aku dipilih oleh NYA untuk merasai nikmat
suka duka dalam atas jalan dakwah ini. Bukan untuk bermain dan bersuka duka,
tetapi untuk berperang menuju perjuangan menegakkan Islam.
Kerna sebuah tarbiyah, aku mengubah segalanya dan aku pasrah
segalanya.
Hidup matiku hanyalah untuk Allah. Moga Allah redai diri ini
dalam mengharungi jalan dakwah kehidupan ini.
Dulu, ku merasakan dunia ini sempit, tetapi sekarang ku
merasakan dunia ini luas, sangat luas. Dunia ini seluas lautan dan langit,
penuh dengan nikmat dan ujian.
Rahmat Allah meliputi segala-galanya. Walaupun, dosa
hambaNya setinggi gunung, akan tetapi, pengampunan dan rahmat Allah lebih luas
meninggi segalanya.
Mumkin, aku tak segagah berani seperti Asma’ Abu Bakar, dan
aku juga tak sepandai sebijak Saidatina ‘Aisyah, tapi aku tidak pernah berputus
asa untuk mengubah diri dan berputus asa dalam meneruskan dakwah ini.
Aku ingin menjadi seperti Saidatina Khadijah, yang menjadi
tulang belakang kepada suami dalam menyebarkan dakwah, yang meletakan perasaan
di belakang, mengutamakan apa yang lebih penting, bersama menemani Baginda
Rasulullah dalam mengharungi onak duri perjuangan Islam sehingga hayat
terakhirnya. Baginda Rasulullah merasakan pemergian seorang isteri yang sangat
Baginda cintai dan sanjungi kerna pengorbanan seorang isteri yang sanggup
bersama seorang suami dalam perjuangan Islam yang penuh ujian, yang banyak
memberi sokongan dan semangat dalam meneruskan risalah perjuangan dakwah untukm
ummah.
Allah... mampukan aku seorang wanita biasa ini menjadi
serinkadi muslimah yang hebat?
Dapatkan aku terus kuat, tabah dan thabit dalam perjuangan
dan dakwah ini. In sya allah, aamin.
Allah, ampunkan hamba mu ini. Moga reda Allah bersama kita
dan moga tarbiyah ini terus kuat di hati kita.
Noormaira_071114.
No comments:
Post a Comment