"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Thursday, October 30, 2014

puisi buat sahabat sehawa ^_^

Wanita,
engkau adalah satu anugerah yang penuh bermakna
dirimu umpama mutiara
yang tiada nilai bandingannya
menjadi insan yang paling istimewa

Wanita,
jagalah hatimu
jagalah jiwa rohanimu
umpama engkau menjaga maruah diri
jangan engkau menyakiti perasaanmu
usah meruntuhkan tembok yang terbina itu

Wanita,
kuatkanlah keimanan dan ketaqwaanmu
bangunlah dari kegelapan dan kekusutan.
jauhilah dari tipu daya godaan syaitan.
Dekatilah Tuhan Yang Maha Esa
agar diri menjadi kuat dan tabah
dalam melayari perjuangan bahtera kehidupan

Wanita, 
marilah kita sama-sama
berusaha menjadi Muslimah Sejati Soleha
untuk menjadi hamba Allah yang mukminah
menjadi anak, isteri dan ibu solehah dan mithali.

In sya Allah, kita boleh dan pasti mencapainya...
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN



SAJAK SEMPERNA HARI IBU 09052010
BY:N.A.M.A 
#MENGENANG KEMBALI PUISI2 LAMA YG ADA DALAM SIMPANAN DIRI SEORANG KELANA =)

No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.