"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Thursday, October 30, 2014

puisi buat sahabat sehawa ^_^

Wanita,
engkau adalah satu anugerah yang penuh bermakna
dirimu umpama mutiara
yang tiada nilai bandingannya
menjadi insan yang paling istimewa

Wanita,
jagalah hatimu
jagalah jiwa rohanimu
umpama engkau menjaga maruah diri
jangan engkau menyakiti perasaanmu
usah meruntuhkan tembok yang terbina itu

Wanita,
kuatkanlah keimanan dan ketaqwaanmu
bangunlah dari kegelapan dan kekusutan.
jauhilah dari tipu daya godaan syaitan.
Dekatilah Tuhan Yang Maha Esa
agar diri menjadi kuat dan tabah
dalam melayari perjuangan bahtera kehidupan

Wanita, 
marilah kita sama-sama
berusaha menjadi Muslimah Sejati Soleha
untuk menjadi hamba Allah yang mukminah
menjadi anak, isteri dan ibu solehah dan mithali.

In sya Allah, kita boleh dan pasti mencapainya...
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN



SAJAK SEMPERNA HARI IBU 09052010
BY:N.A.M.A 
#MENGENANG KEMBALI PUISI2 LAMA YG ADA DALAM SIMPANAN DIRI SEORANG KELANA =)

Saturday, May 31, 2014

~air mata kekuatan~


ANdai dgn air mata ini,
dpat menghapuskn segala duka lara dn kesedihn hati ini,
dapat meghilangkn segala dosa2 lalu,
akan ku biarkn air mata ini mengalir selamanya..
membanjiri lautn dunia..
 anDAI aiR matA yg mengalir inI,
MAMpu mengalir ke sungai syurga,
akN KU biarkn ia mengalir tanpa noktah..
mengalir bersama air sungai firdausi..
mmbwa dr ku bersama ke sana..
ANdai air mata ini 
dpt mghapuskn sgala keresahn dan kesedihan hati
andai dapat menenangkn hati jiwa ini..
akn ku terus menangis dgn air mata ini..
 anDAI Air MATA ini bernilai...x akn ku mmbiarkn ia mengalir..tak akn ku menangis lg..
tak akn ku sia2 kan setitis air mata ku..
ANDAI dgn Air maTA mmpu menenangkn ht yg gelisah..
andai dgn air mata mampu ku mmbuatkn ku gmbra dan tersenyum..
andai dgn air mata HATI jiwa ini TENteram dan tenang..
pasti SUdah ku menangis..
tapi..dgn air mata tak mampu megubati hati ini...
dgn air mata keresahan hati dan jiwa tak mampu diubati..masih rasa kesakitan itu..
air mata hanya mampu mmbri ketenagn yg seketika...untuk megurangi kesakitn itu..namun belum lg menyembuhinya..

aku berzIKIR...mengingati tuhanku..ALLAH.
aku BERzikir memUji KEEsaan ALLAH..KEkuasaan ALLAH.
AKU menyebut nama Tuhanku..ALLAH..
dgn zikir jiwa ini tenang..tiada kerisauan..tak ada kesedihn dan keresahn..
hti tenang..jiwa tersenyum kegembiraan..
zikir pengubat hati jiwa..di iringi air mata keinsafan..
air mata kekesalan..air mata keampunan..
menadah tangan memohon kpd ALLAH..MEnangis kp NYA..
ALLAH Mnjdikan air mata ada keistimewaan nya...
.....menangis tak bererti lemah.....=)

Saturday, May 24, 2014

Jom Jadi Baik ^_^





" ORANG YANG CANTIK TAK SEMESTINYA BAIK, TAPI ORANG YG BAIK SEMESTINYA CANTIK" Kata-kata Saidina Ali r.a..

Jom jadi baik teman-teman..
in sya Allah, cantik dalam dan luar..

nak jadi baik tak mudah.. kena paksa diri dan hati..
in sya Allah, bila kita betul-betul nekad nak jadi yg terbaik dan jadi hamba Allah yg solehah. Allah akan hadirkan insan-insan yang soleh dan baik sebagai sahabat-sahabat kita untuk mengajak kita ke jalan yg lurus dan menuju ke jalan yang diredai.


kuatkan hati untuk istiqomah.. pelan-pelan tinggalkn perkara yang melarakan dan melalaikan..
pelan-pelan dalam melangkah 
jangan terburu-buru, takut jatuh susah nak bangun..

kawan-kawan yg menghalang kita kepada kebaikan, usah kita dekati, cuba jauhkan diri.. bila kita dah kuat dan bersedia, kita tarik mereka pulak sama2 berubah jadi baik dan menuju jalan cinta Allah.
buat amalan dan kebaikan kecil-kecil.. dan semakin lama, cuba tingkatkan.. lama-lama jadi bukit dan banyak..
biar sikit, tapi istiqomah.
^_^





ini usrah saya di UIA Gombak.. alhamdulillah.. mereka lah yg banyak memberi sy kekuatan untuk istiqomah di jalan perjuangan dn menuju reda ALLAH..mengharapkan dan meminta pada Allah, Allah hadirkan mereka insan yg berharga ke dalam hidup ku..Kami saling mengingati dan menasihati..kami bertukar rasa dan pendapat...kami menyemai cinta dan kasih...kami menanam sayang sesama insan..Allah kami agungkan moga ukhuwah terus ke syurga..U.U.A = ukhuwah until akhirat. amin. In sya Allah ^_^
~doakan sy exam final untuk sem 2 tahun 2... lama tak update blog.. in sya ALLAH, akn di update dgn bahan2 yg lebih ilmiah dan coretan kisah sy dan kanvas hidup.semoga Allah reda!amin._amira 24/5/14.. mood study tasawwuf. ESok exam..=)_







































Monday, February 24, 2014

~FEQAH WANITA _فقه المرأة ~ nota taharah (haid)

Wanita harus bersyukur dan rasa bertuah kerana diciptakan sebagai wanita,wanita adalah ibu yang banyak memainkan peranan dalam membina ummah yang cemerlang dan sekaligus melahirkan wanita dambaan syurga. Perbezaan yang Allah jadikan antara lelaki dan wanita bukan faktor bagi bermusuhan dan bergaduh, sebaliknya perbezaan yang wujud adalah satu anugerah kepada lelaki dan wanita agar dapat saling melengkapi dan menyempurnakan kekurangan masing-masing.
Firman Allah di dalam surah ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya dia antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
TAJUK : TAHARAH WANITA – ( DARAH WANITA: HAID )
1.      Apakah yang di maksudkan dengan haid?

 -haid dari segi istilah feqah adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari rahimnya secara semula jadi. Ia tidak keluar kerana kerana penyakit atau kerana melahirkan anak. Di dalam surah al-Baqarah ayat 222 ada menyebutkan tentang haid.

2.      Siapakah yang mengalami haid?

- wanita yang mencapai umur tertentu (baligh)  dan hanya wanita yang tidak hamil sahaja yang mengalami haid. Jika sedang hamil,darah yang keluar itu adalah darah penyakit bukan haid.

3.      Berapa lamakah tempoh haid?

-Tempoh kedatangan haid paling cepat sehari semalam dan paling lama 15 hari.Namun kebiasaan wanita mengalami haid selama 7 hari hingga 8 hari. Terdapat perbahasan tentang tenpoh kedatangan haid ini, antaranya:

IMAM SYAFI'I, ABU THUR & ATHA
Tempoh minimum: sehari semalam iaitu 24jam secara berterusan.
Tempoh kebiasaan: selama 6 @ 7 hari
Tempoh maksimum: 15 hari
IMAM ABU HANIFAH & AS-SAURI
Tempoh minimum: 3 hari.
Tempoh kebiasaan: di antara tempoh minimum & maksimum
Tempoh maksimum: 10 hari
IMAM MALIK
Tempoh minimum: tiada had & kemungkinan ia datang seditik sahaja.
Tempoh kebiasaan: di antara tempoh minimum & maksimum
Tempoh maksima: 15-17 hari
-jadual 1-

-Berdasarkan pandangan ini, darah yang keluar dari tempoh minimum atau maksimum, maka ia bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit iaitu istihadhah.

4.      Adakah wujud syarat-syarat haid?

- syarat-syarat haid tidak dikhususkan ,namun para ulama telah menetapkan beberapa panduan syarat-syarat haid bagi wanita. Terdapat 5 syarat, iaitu:

1) menepati ciri-ciri warna darah haid.
-kebiasaanya warna darah haid pada peringkat permulaan ialah warna hitam .kemudian berubah warna merah,kemudian berubah warna antara merah dan kuning iaitu coklat (Asygar) kemudian  berubah ke warna kuning (kuning kekuningan seperti karat) dan akhirnya keruh.

2) mencapai umur kemungkinan haid.
-majoriti ulama, antaranya Mazhab Syafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali dan kebanyakan ulama Mazhab Maliki menerangkan bahawa sekurang-kurang umur datangnya haid ialah 9 tahun. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau tiding datang haid. Umur balighnya ialah 15 tahun. Namun setiap kanak-kanak berbeza dari segi umur akil balighnya.

3) bukan dalam tempoh mengandung.
-pendapat majority ulama yang menjelaskan bahawa wanita yang mengandung tidak mempunyai darah haid. . Jika sedang hamil,darah yang keluar  dari faraj itu adalah darah penyakit (istihadhah


4) Datang haid pada tempoh haid.
-seperti yang dibincangkan dalam  tempoh haid di jadual 1.

5) setelah melalui tempoh minimum suci iaitu 15 hari (Mazhab Syafie) 
-kedatangan haid belaku setelah suci selama 15 hari. Sekiranya keluar darah selepas tempoh maksima haid dan sebelum tempoh minimum suci, ianya dikira sebagai darah penyakit iaitu  istihadhah.

*Darah di antara tempoh suci pada tempoh haid

-adapun permasalahan keluar darah di antara tempoh suci dan masih lagi dalam tempoh kebiasaan haid,maka ulama menjelaskan seperti berikut:
 
1.      Mazhab Syafie & Abu hanifah : hari suci pada hari-hari haid dikira sebagai haid.
 Contoh: aminah mendapati 1 hari keluar haid dan 1 hari berikutnya (hari 2)  suci, kemudian hari berikutnya  datang semula darah haidnya. Maka menurut pandangan ini, keseluruhan hari tersebut adalah haid.

2.      Mazhab  Maliki & Hanbali : Hari suci pada hari-hari haid dikira sebagai suci. Oleh demikian, wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat serta bebas melakukan semua perbuatan-perbuatan yang dilarang ketika haid.

5.      Bilakah umur putus haid (Menopaus) bagi wanita?

- mengikut  mazhab Syafie, kebiasaanya umur putus haid bagi seseorang wanita ialah selepas 62 tahun. Namun, umur tersebut bukanlah 1 penetapan khusus. Dalam isu ini, ia bergantung kepada pelbagai factor bagi seseorang wanita, seperti factor keturunan, fizikal dan sebagainya. Di Malaysia, majoriti wanita menopaus sekitar umur 50-60 tahun.


v KEISTIMEWAAN WANITA JUGA TERSINGKAP MELALUI KITARAN HAIDNYA.TERDAPAT RIWAYAT DARIPADA AISYAH R.A YANG MENJELASKAN BAHAWA HAID BAGI WANITA ADALAH MERUPAKAN TEBUSAN UNTUK DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU DAN APABILA PADA HARI PERTAMA HAIDNYA, HENDAKLAH MEMBACA :

 "الحمدُ للهِ على كلِّ حالٍ وأستغفر الله "
  

    RUJUKAN:
1.           Al-Qur’an
2.           Hadiah buat muslimah : Panduan asas fiqah wanita. Ustazah Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman.
3.           Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan lengkap fikah wanita berdasarkan reality zaman dan tempat. Ustaz Zuhdi Ahmad Khasasi.


edit by amiraakhir_projek mat just nice 2012/2013

Sunday, February 16, 2014

Sajak istimewa buat kalian yang bergelar “SAHABAT”

BUAT TEMAN-TEMAN YANG DI SAYANGI,
AKU UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA MEMORI,
YANG KALIAN LAKARKAN BERSAMA KU DIKALA SUKA DUKA,
MOGA SEGALA KENANGAN INI MENJADI ALBUM UKHUWAH KITA BERSAMA…

SAHABAT YANG BAIK,
ADALAH CERMIN BUAT DIRI,
UNTUK MEMBAIKI DIRI INI,
AGAR MENJADI SEORANG YANG BAIK,
DAN MERAIH CINTA ILAHI.


DUHAI SAHABAT SEJATI,
ANDAI DIRI INI TERSALAH LANGKAH DAN BERBICARA,
KU POHON AGAR DINASIHATI,
TUNJUKKANLAH JALAN YANG LURUS MENUJU KE SYURGA.

WALAUPUN PAHIT DALAM PELAYARAN BAHTERA INI,
PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN,
DEMI MENGEJAR REDA ILAHI,
SERTA MENEGAKKAN KEBENARAN.

ANDAI KU JAUH KEBELAKANG,
DATANGLAH MENGAMBIL KU UNTUK BERSAMA KEHADAPAN,
AGAR KITA DAPAT BERJUANG BERSAMA,
MENEGAKKAN ISLAM DAN TERUS BERJUANG.

SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENYAYANGI DAN MENCINTAI
KALIAN KERANA ALLAH…
SESUNGGUHNYA UKHUWAH INI DIBINA ATAS IMAN KEPADA NYA
BUKAN KERANA KEBETULAN MAHUPUN NAFSU…
KALAM INI KU AKHIRI DENGAN LAFAZ JAZAKUMULLAH DAN TABARAKALLAHULAKUM.
 MOGA ALLAH MEREDAI KITA DAN KITA DAPAT MENJADI SAHABAT SEJATI DI SYURGA NYA.
AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

_ana Abdullah faqirun fi islam_
Amira,29/1/14 ,1.35pm

Kedah. ^_^

Friday, September 27, 2013

TABAHLAH HATI !



Ampunilah daku , jangan Engkau putuskan rahmat Mu ,dan jangan Engkau palingkan hidayah Mu untuk ku insan yang dhaif  lagi faqir ini...

Ya ALLAH, Engkaulah yang mengetahui keadaan ku sekarang... Engkaulah tempat ku berserah dan mengharap...


Ya Allah, Engkau mengetahui kelemahan ku dan kekuatan ku.. maka aku memohon, kuatlah aku untuk terus berdiri di sini ... aku tak mampu menahan rasa di hati yg terbuku.. 

tak mampu di luahkan kepada insan-insan di sisiku, cukup sekadar aku menyembunyikan rasa di hati dan mengadu pada MU...

tapi, ku lemah..ini membuatkan ku tewas dan menjadi sakit... ku mencari kekuatan melalui MU, ya Qawiu...Ya Rabbal 'alamin...


: sedihku hanya ALLAH yg tahu :
-nur alfaqir-

Saturday, May 11, 2013

~ Kalam Bashar ~




ku mengintai di jendela,merenung seketika waktu
bermuhasabah sejenak
di kala senja itu, aku merenung jauh besendirian
memikirkan akan segalanya
ALLAH…
Betapa aku rasa malu atas semua nikmat
Yang ENGKAU berikan buatku,
Padahal diri ini selalu membuat ENGKAU kecewa
Dengan tindakan ku
Ada saja dosa dan noda
Ada saja kesilapan dan kesalahan
Yang selalu ku lakukan dan ulangi
Oh Tuhanku,betapa ku merasai “rasa” itu
Tak mampu ke ungkapan mahupun lakarkan
Hanya hati yang mampu merasainya…
Di dalam kegelapan itu
ENGKAU terbitkn cahaya
menerangi jalan hidupku
memberi  hidayah dan kekuatan
dalam terus melangkah untuk
meneruskan kehidupan dan
melalui segala mehnah ini
Alhamdulillah…
Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya, Tiada Tuhan melainkan Mu, Ya ALLAH.
Aku hanya manusia yang selalu berubah
Aku selalu terleka
Aku selalu terlena
Dengan tipu daya iblis,duniawi dan hawa nafsu
Namun, ENGKAU selalu datang membantu
Mengetuk pintu iman di hati
Membimbingku pulang ke jalan yang lurus
membawa diri ini ke jalan perjuangan dan dakwah
dalam menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan jihad ini..
Tuhan, bimbinglah daku setiap saat
semoga nikmat ISLAM & IMAN
ini terus thabit dan kuat di dalam jiwa sanubari ku
Aku mengharapkan semoga diri dan hidupku
Ini mampu menyumbang ke dalam ISLAM
Dan aku mengharapkan
Hidupku bukan hanya sekadar bashar
Tapi menjadi bashar mujahidah fil Islam
Ya ALLAH, ku serahkan hati ini padaMU
terimalah daku dan taubatku ini
semoga aku sentiasa di bawah perlindungan dan rahmatMu, Ya ALLAH…

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.