"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Wednesday, December 30, 2015

CERITA CINTA 2

 Semua insan berharap dan inginkan sebuah keluarga yang bahagia dan memiliki rumahtangga yang kekal hingga ke syurga.

Memiliki anak-anak yang soleh/ah, isteri yang mithali dan suami yang soleh lagi setia.. ini adalah impian. Impian kita semua.

Sambungan kepada kisah semalam, 4 tips asas dalam pembinaan sesebuah keluarga;

1. Tujuan Perkahwinan.

- sebelum kita nak berkahwin, semestinya kita perlu memiliki sebuah niat dan kita tajdid balik niat kita sepanjang perkahwinan kita.

- apa tujuan hidup kita dalam mendirikan sebuah masjid ini?

- setiap tujuan memiliki matlamat yang jelas dan semua ini perlu diiringi dengan tindakan gerak geri kita.

2. Pemilihan Pasangan

- walaupun nampak macam perkara biasa, tapi kerana tersalah pilih ia boleh merosakan segalanya.

- pemilihan pasangan ini bukan atas dasar suka minat semata-mata, bukan kerna " i love you. you love me", tapi pemilihan pasangan perlulah yang betul-betul boleh membantu kita dalam menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan menjadi khalifah di bumi ini.

- carilah yang sedap dipandang dalam dan luaran, apa guna nya muka segak cantik tapi hati busuk dan akhlak entah kemana.

- tak kisah la, jika ia adalah pilihan sendiri atau pilihan ibubapa. Pilih la dengan istikorah dan istisyarah.

- gunakan asas yang Nabi ajar kepada kita dalam pemilihan pasangan.

Rasulullah s.a.w bersabda, seseorang wanita itu dipilih berdasarkan hartanya, rupa parasnya, keturunannya dan agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama kerana ia akan membantu kita menjadi hamba Allah yang baik. Mungkin kita ada kecenderungan yang lain dalam memilih pasangan hidup, namun melalui hadis Baginda ini, jelaslah bahawa kita perlu mengutamakan "AGAMA" dan inilah yang dikatakan dengan berkahwin kerana Allah.

3. Hierarki Cinta

- Apabila kita meletakan cinta dan perkahwinan kita atas dasar Allah, maka kita tahu meletakkan susunan hierarki cinta kita dengan susunan yang tepat dan betul.

- Meletakkan cinta pada susur galur yang telah ditetapkan Allah.

- Sebagai suami, hierarki cintanya itu bermula dengan cinta Allah, kemudian cinta  Rasulullah s.a.w, seterusnya cinta kepada ibu bapa nya dan akhir sekali barulah mencitai isterinya dan abak-anak.

- Manakala, sebagai seorang Isteri,  pertama perlu cinta Allah, kedua cinta Rasulullah, ketiga mencintai suami dan anak-anak dan akhir sekali mencintai ibubapa mertua dan ibubapa sendiri.

4. Pemantauan Dalam Rumah Tangga

- pemantauan di sini bukan lah dengan memasang CCTV atau pun pasang spy, tetapi pemantauan yang mengikuti syariah Islam.

- dalam rumah tangga, perlu dijaga halal haram, sunat makruh dan sebagainya. Memastikan anak-anak menunaikan solat, sumber makanan rezeki kita dari sumber yang halal, makan makanan yang halal dan bersih lagi suci dan sebagainya.

- suami isteri perlulah bersama-sama dalam menjalankan tugas ini, jangan meletakkan tanggungjawab di sebelah bahu pasangan, tapi sama-sama dalam menggalas tanggungjawab.




Maka, itulah 4 asas yang ingin saya kongsikan bersama. Actually, 4 asas ini dipetik dari tips yang diberi oleh Tuan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam satu seminar keluarga sunnag 2.0 yang dikongsikan dalam satu coretan perkongsian di dalam majlah Anis.

Bagi pendapat peribadi saya, seminar keluarga sunnah ini sangatlah bagus untuk kita dalam  mendidik dan mencorakkan institusi keluarga di Malaysia, khususnya rumahtangga di kalangan pasangan Muda Muslim.

Semua mendambakan sebuah sebuah keluarga yang mengikuti sunnah Rasulullah. Sebelum kita mencorakkan keluarga kita, kita perlu mencorakkan diri kita terlebih dahulu, dan mengajak ahli keluarga kita bersama dalam berubah, melakukan transformasi.

Perkahwinan itu ada pelbagai rasa dan warna. Bagaimana kita mencorakkan dan membentuk perkahwinan kita yang menjadi penentu kemana kita ingin membawa perkahwinan kita. Sama ada menuju jalan bahagia atau derita?

Akhir coretan, insan ini ingin mencoretkan satu puisi kalam buat Pemilik Cinta


Duhai Pemilik Cinta,
 sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kaya dengan Cinta.
Kau lah ar Rahman,  Kau lah ar Rahim.
Campakkan lah perasaan cinta, kasih sayang, penyayang dan pengasih dalam diri ku ini.
Satukanlah cinta ku dengan insan-insan yang mencintai ku kerana Mu, ya Allah.
Satukanlah cinta kami pada landasan yang betul 
dan satukan hati-hati kami atas dasar iman dan taqwa.
Hadirkanlah cinta yang ikhlas lagi suci buat kami. 
Semoga kami tidak mengotori cinta ini...
semoga cinta terus menguatkan kita, menyatukan kita 
dan memberikan kita inspirasi dalam terus berjuang.

Hidayah itu CINTA yang selalu hadir dalam hati jiwa hamba-hamba yang mendambakna cinta Tuhannya dan cinta sesama makhluk,

Sebarkan cinta, maka akan aman dunia ini. 
Berkasih lah kita kerana kasih itu membuatkan kita bahagia dan bersatu. 
Bersatulah dalam ikatan cinta ukhuwah kerana NYA.

Terima Kasih CINTA. Terima kasih TUHAN.



Sekian, yang mencintai dan dicintai: 
N.A.M.A- 30122015- JAM1645





No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.