dulu aku sangat benci pada seseorang.
aku benci kerana perangai nya yang menyakitkan hati.
dan kerana dia, aku benci pada semua lelaki.
Itu semuanya kenangan.
semuanya sudah berlalu.
semuanya kenangan di zaman dulu-dulu.
semuanya sudah berlalu.
semuanya kenangan di zaman dulu-dulu.
Tapi, sekarang..lain.
sekarang,
Dia lah yang banyak tolong aku dan orang lain.
dialah yang aku rasa sangat baik dan boleh dipercayai
dan dialah yang istemewa.
Macam-macam kenangan yang bila mana aku ingat. aku senyum.
tapi bila ku fikir lama-lama, aku buntu.
Buntu kerana....
ya, memang aku sengaja mengetepikan perasaan aku.
kerana waktu itu aku sedar, belum tiba waktu lagi untuk aku bermain hati dan bermain cinta.
Aku muhasabah balik dan aku cuba kuat. Anggap ini biasa sebagai satu rencah kehidupan.
Aku sibukkan diri dan aku cuba buang jauh-jauh perasaan itu
Bagi ku rasa itu sesuatu yang tak pasti dan semuanya karut!
Aku serahkan pada takdir.
Lagi pun aku bukan jenis menaruh harapan pada orang. dan aku jua tak suka orang menaruh harapan pada ku. sebab aku takut dan aku tak mahu dilukai mahupun melukai hati perasaan orang lain.
Kawan macam biasa. Kenal hati budi dan perangai orang. sebab semua ni menjadikan kekuatan untuk aku mendidik diri dan mengenal diri dan orang.
Hari-hari terus berlalu.
Tiba-Tiba, satu hari aku diuji. diuji dengan perasaan yang bermain dengan hati dan cinta.
Satu hari, aku buntu.. Aku cuba berselindung. Sebab aku percaya bahawa Tuhan akan hadirkan pada tepat waktunya.
Cinta? bagi aku macam karut. Susah aku nak percaya kebenaran bahawa dia betul-betul ikhlas menerima aku yg serba serbi kekurangan.
Aku takut dalam masa yg sama.
Jadi aku biarkan saja... aku berdoa mengharapkan yang terbaik untuk ku.
Aku masih aku.
Tuhan, berikan yg terbaik untuk aku, dia, mereka dan kami.
-be kind to all-
Yang Tak ada kerja waktu petang,
Amira Solehah.
21-05-2016
6.50pm
No comments:
Post a Comment