"...maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yg dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yg ada di dlm dada..."
(al-Haj:46)
andai dalam nya tiada sengketa,maka tenanglah ia...tenangkanlah hati untuk meraih kegembiraan itu...
hati senang dan tenang ,menzahirkan rasa gembira dan reda...
tiada istilah untuk kataka letih dan penat dalam merintih dan mengadu kepada NYA,Rabbul Izzati..
tiada rasa jemu dan bosan..
selagi kudarat masih ada...teruskanlah dalam merintih memohon doa kepada ALLAH..
Hidup kita umpama sebuah pengembaraan...sebuah kembara yang penghujungnya jelas terbentang;iaitu akhirat dan syurga.Yang pasti SYURGA menjadi pilihan...
tidak dapat tidak,hati kecil selalu bertanya dan berbicara.."kemanakah penghujung hidup ini,adakah diri ini akn ke syurga @ neraka?"..usahlah berdalih dan mendustainya..koyakkan ego di hati,hamparkan rasa terbuka di dalamnya.
dari saat kita di ciptakan,itulah kembara yang pertama...kembara seorang bayi di dalam alam rahim..di dalamnya kita dibentuk satu persatu..dari sperma dan ovum kita membentuk menjadi manusia..ada daging,darah,tulang dan sebagainya..di sini jua ALLAH meniupkn roh untuk manusia.ALLAHUAKHBAR! siapakah yg melakukannya?Tiada pencipta selain ALLAH.ALLAH PENCIPTA sekalian alam dan makhluk.Semuanya luas dan nyata lagi terang akan kebesaran dan kesohihan ALLAH itu adalah Tuhan yg ESA..Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH S.W.T..
di manakah kebenaran mereka yang menolak tuhan itu adalah ALLAH?yg menolak kewujudan Tuhan..yg menyatakan semua ini terjadi secara "natural"?kembalilah kepada fitrah..lihat lah dengan mata hati dan akal...usah bongkak dan sombong..Rendahkan ego demi mencari kebenaran hakiki dan hidayah...semoga mata dan hati mereka yang masih belum mencintai ALLAH dan Islam akan terbuka untuk mentauhidkan ALLAH dan menganut Islam.
kembara di alam seterusnya iaitu alam kubur..sebuah penantian destinasi rehat.. sebelum kita ke kembara alam terakhir..yang akn berkumpul di padang masyar dan berlakulah perhingtungan itu..segalanya ditimbang dan di adili oleh "mahkamah tertinggi"..ALLAH menjadi Ketua Hakim baginya..Tidak ada lagi hakim dan peguam dari Manusia..semuanya dusta belaka..Hanya ALLAH yg MAHA ADIL..
Akhirnya..sampai jua destinasi rumah yg kekal abadi lagi hakiki...Beruntunglah bagi mereka yang menjadi penghuni SYURGA..rugilah mereka yg menjadi ahli-ahli neraka itu...na'uzubillahi minal zalik...
kisah kembara kehidupan akn diteruskan lagi ...semoga ada pengajaran dari coretan ini..
No comments:
Post a Comment