"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Wednesday, June 22, 2016

Masalah: Bagaimana mengendalikan masalah?

Bismillah, Assalamualaikum.

Insya-Allah, artikel pendek kali ini akan saya bahaskan dan bincang tentang "masalah". Semoga kita semua dapat menyelesaikan dan mengendalikan semua masalah kita dengan baik dan berjaya.


"Masalah", satu perkataan yang membawa maksud yang sangat berat dan negatif. Setiap dari kita ini mempunyai pelbagai masalah. Masalah boleh kita kategorikan dalam dua iaitu masalah yang sudah kita dapat jangkakan dan masalah yang berlaku di luar jangkaan kita.

Selagi mana kita hidup, selagi itu masalah dan urusan dunia ini akan berterusan ada. Masalah perlu diselesaikan, bukan di biarkan. Pesanan orang lama, "Jangan lari dari masalah, ianya tidak akan selesai sendiri".

Seperti kita tahu, hidup di dunia ini tiada istilah untuk "rehat". Pepatah mengatakan, di dunia inilah tempat kita sebagau manusia untuk berkerja keras dan beramal bersungguh-sungguh, kerana di sinilah tempat kita menuai biji benih dan bercucuk tanam untuk beramal. Dunia ini umpama sebuah ladang yang besar, yang mana semua orang akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan mendapatkan yang terbaik.

Hidup manusia di dunia ini tidak terlepas dari diuji. Selepas selesai satu masalah dan ujian, kita harus bersedia untuk menempuh menghadapi ujian dan masalah yang seterusnya. Seperti mana Allah telah berfirman di dalam kitab al-Qur'an dalam surah al-Insyirah 94:7 yang bermaksud,

" Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan) tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang lain).

Abila kita diuji dengan masalah atau sesuatu kesukaran, jangan sesekali kita panik dan lemah. Sebaliknya kita harus bijak dan bersedia dengan satu perancangan (plan). 

Teringat saya akan tulisan Dr. Mohd Shafie Md Amin, dalam karya beliau di dalam buku "You are the best, Kamu umat yang terbaik, Kun tum khaira ummah". Menurut beliau, yang penting bukanlah menyelesaikan masalah tetapi mengendalikan masalah kita dengan cara yang betul dan bijak.

Pertama sekali, dalam kita mengendalikan dan menyelesaikan masalah kita, cubalah kita kembali melihat diri dan sifat kita sebagai manusia. Kita selalu lupa akan bahawa hidup di dunia ini tidak selalu cerah dan tidak semua yang kita impikan dan kita rancang itu akan menjadi kenyataan. Kita selalu mengharap dan mahu susun atur perjalanan kehidupan kita ini mengikut kehendak dan aturan kita, sehingga kita lupa bahawa Allah itu Yang Maha Perancang. Kita lupa bahawa Allah itu Yang Maha Mengetahui dan apa segala yang berlaku ini adalah atas kehendak dan keizinan dari Nya.

Sifat kita sebagai manusia yang terburu-buru, tergesa-gesa, mahu semuanya cepat dan mudah, berlebih-lebihan, suka bersangka, suka panik dan cepat resah dan banyak lagi sifat semula jadi yang ada di dalam diri kita. Ya, semua sifat yang ada dalam diri manusia ini, Allah jadikan semua bersebab dan ada tujuannya. Walaupun semuanya kelihatan negatif, tapi ada kalanya semua sifat ini menjadi positif dan diperlukan mengikut keadaan, masa dan masalah.

Manusia, Allah telah berfirman dalam kitab suci Al-Qur'an bahawa sifat kita yang kurang bersyukur dan selalu lupa. Oleh yang demikan, Allah telah utuskan para Nabi dan Rasul, serta Allah tinggalkan bersama manusia rujukan yang sangat jelas dan nyata kebenarannya, iaitu al-Qur'an dan as-Sunnah/Hadis. Subhanallah, betapa cantik susunan ini. Allah Maha Besar lagi Maha Agung,

Apabila kita ditimpa masalah, cepatlah kita kembali kepada Pencipta kita. Jangan difikirkan masalah, tapi fikirkan bagaimana harus kita selesaikannya. Bukan hanya merungut kesedihan, sebaliknya bangun untuk menjadikan iman kita semakin kuat dan tinggi. 

Pengharapan dan kebergantungan kita. Kepada siapa kita selalu mengharap dan berharap? Bagaimana kebergantungan kita kepada Allah?  Bagaimana keyakinan kita kepada Allah?  

Setiap kali kita diuji dengan sesuatu masalah yang berat, kita selalu berbisik "Ya Allah, kenapa Engkau uji aku, Ya Allah, tolonglah aku." Dan hati kita jugak berbisik, "Adakah Tuhan sudah tidak sayang pada kita lagi.." Pelbagai bisikan yang kita lontarkan baik di mulut mahupun di hati.

Ingat, kita ada Agama dan Tuhan. Usah terlalu cepat menghukum dan menyalahkan Tuhan. Tanya pada diri kita, "Tuhan sudah tidak sayang aku atau aku yang sudah tidak sayang pada Tuhan?"

Kita yang tinggalkan dan lupa Nya. Kita yang selalu mencipta masalah dan membuat kejahatan. Ya, semuanya balik kembali pada diri sendiri.

Firman Alllah lagi dalam Surah Al-Haj 22:78 yang bermaksud "Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama (kaedah kehidupan berlandaskan al-Qur'an) suatu kesempitan..."
  
Lagi, Allah telah menegaskan dalam ayat ke 147 dalam surah An-Nisa' (4:147) yang bermaksud, 

"Allah tidak akan menyeksamu (menjadikan kamu teretekan dengan masalah), jika kamu bersyukur (mengikut perintah-Nya) dan beriman (yakin dan cinta kepada -Nya). Dan Allah Maha Mensyukuri (menjaga hamba-Nya dengan baik), dan Maha Mengetahui."

 Ingat, kita yang memilih dan kita jugak yang mengawal semua perkara dengan pertolongan dan kehendak Allah. 

Bagaimana kita mengendalikan masalah kita? Jawapannya, dengan melalukan perubahan dan berubah.  

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." ( Surah Ar-Ra'd 13:11)




hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.