"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Monday, February 24, 2014

~FEQAH WANITA _فقه المرأة ~ nota taharah (haid)

Wanita harus bersyukur dan rasa bertuah kerana diciptakan sebagai wanita,wanita adalah ibu yang banyak memainkan peranan dalam membina ummah yang cemerlang dan sekaligus melahirkan wanita dambaan syurga. Perbezaan yang Allah jadikan antara lelaki dan wanita bukan faktor bagi bermusuhan dan bergaduh, sebaliknya perbezaan yang wujud adalah satu anugerah kepada lelaki dan wanita agar dapat saling melengkapi dan menyempurnakan kekurangan masing-masing.
Firman Allah di dalam surah ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya dia antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
TAJUK : TAHARAH WANITA – ( DARAH WANITA: HAID )
1.      Apakah yang di maksudkan dengan haid?

 -haid dari segi istilah feqah adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari rahimnya secara semula jadi. Ia tidak keluar kerana kerana penyakit atau kerana melahirkan anak. Di dalam surah al-Baqarah ayat 222 ada menyebutkan tentang haid.

2.      Siapakah yang mengalami haid?

- wanita yang mencapai umur tertentu (baligh)  dan hanya wanita yang tidak hamil sahaja yang mengalami haid. Jika sedang hamil,darah yang keluar itu adalah darah penyakit bukan haid.

3.      Berapa lamakah tempoh haid?

-Tempoh kedatangan haid paling cepat sehari semalam dan paling lama 15 hari.Namun kebiasaan wanita mengalami haid selama 7 hari hingga 8 hari. Terdapat perbahasan tentang tenpoh kedatangan haid ini, antaranya:

IMAM SYAFI'I, ABU THUR & ATHA
Tempoh minimum: sehari semalam iaitu 24jam secara berterusan.
Tempoh kebiasaan: selama 6 @ 7 hari
Tempoh maksimum: 15 hari
IMAM ABU HANIFAH & AS-SAURI
Tempoh minimum: 3 hari.
Tempoh kebiasaan: di antara tempoh minimum & maksimum
Tempoh maksimum: 10 hari
IMAM MALIK
Tempoh minimum: tiada had & kemungkinan ia datang seditik sahaja.
Tempoh kebiasaan: di antara tempoh minimum & maksimum
Tempoh maksima: 15-17 hari
-jadual 1-

-Berdasarkan pandangan ini, darah yang keluar dari tempoh minimum atau maksimum, maka ia bukanlah darah haid, tetapi darah penyakit iaitu istihadhah.

4.      Adakah wujud syarat-syarat haid?

- syarat-syarat haid tidak dikhususkan ,namun para ulama telah menetapkan beberapa panduan syarat-syarat haid bagi wanita. Terdapat 5 syarat, iaitu:

1) menepati ciri-ciri warna darah haid.
-kebiasaanya warna darah haid pada peringkat permulaan ialah warna hitam .kemudian berubah warna merah,kemudian berubah warna antara merah dan kuning iaitu coklat (Asygar) kemudian  berubah ke warna kuning (kuning kekuningan seperti karat) dan akhirnya keruh.

2) mencapai umur kemungkinan haid.
-majoriti ulama, antaranya Mazhab Syafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali dan kebanyakan ulama Mazhab Maliki menerangkan bahawa sekurang-kurang umur datangnya haid ialah 9 tahun. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau tiding datang haid. Umur balighnya ialah 15 tahun. Namun setiap kanak-kanak berbeza dari segi umur akil balighnya.

3) bukan dalam tempoh mengandung.
-pendapat majority ulama yang menjelaskan bahawa wanita yang mengandung tidak mempunyai darah haid. . Jika sedang hamil,darah yang keluar  dari faraj itu adalah darah penyakit (istihadhah


4) Datang haid pada tempoh haid.
-seperti yang dibincangkan dalam  tempoh haid di jadual 1.

5) setelah melalui tempoh minimum suci iaitu 15 hari (Mazhab Syafie) 
-kedatangan haid belaku setelah suci selama 15 hari. Sekiranya keluar darah selepas tempoh maksima haid dan sebelum tempoh minimum suci, ianya dikira sebagai darah penyakit iaitu  istihadhah.

*Darah di antara tempoh suci pada tempoh haid

-adapun permasalahan keluar darah di antara tempoh suci dan masih lagi dalam tempoh kebiasaan haid,maka ulama menjelaskan seperti berikut:
 
1.      Mazhab Syafie & Abu hanifah : hari suci pada hari-hari haid dikira sebagai haid.
 Contoh: aminah mendapati 1 hari keluar haid dan 1 hari berikutnya (hari 2)  suci, kemudian hari berikutnya  datang semula darah haidnya. Maka menurut pandangan ini, keseluruhan hari tersebut adalah haid.

2.      Mazhab  Maliki & Hanbali : Hari suci pada hari-hari haid dikira sebagai suci. Oleh demikian, wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat serta bebas melakukan semua perbuatan-perbuatan yang dilarang ketika haid.

5.      Bilakah umur putus haid (Menopaus) bagi wanita?

- mengikut  mazhab Syafie, kebiasaanya umur putus haid bagi seseorang wanita ialah selepas 62 tahun. Namun, umur tersebut bukanlah 1 penetapan khusus. Dalam isu ini, ia bergantung kepada pelbagai factor bagi seseorang wanita, seperti factor keturunan, fizikal dan sebagainya. Di Malaysia, majoriti wanita menopaus sekitar umur 50-60 tahun.


v KEISTIMEWAAN WANITA JUGA TERSINGKAP MELALUI KITARAN HAIDNYA.TERDAPAT RIWAYAT DARIPADA AISYAH R.A YANG MENJELASKAN BAHAWA HAID BAGI WANITA ADALAH MERUPAKAN TEBUSAN UNTUK DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU DAN APABILA PADA HARI PERTAMA HAIDNYA, HENDAKLAH MEMBACA :

 "الحمدُ للهِ على كلِّ حالٍ وأستغفر الله "
  

    RUJUKAN:
1.           Al-Qur’an
2.           Hadiah buat muslimah : Panduan asas fiqah wanita. Ustazah Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman.
3.           Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan lengkap fikah wanita berdasarkan reality zaman dan tempat. Ustaz Zuhdi Ahmad Khasasi.


edit by amiraakhir_projek mat just nice 2012/2013

No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.