"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Tuesday, January 15, 2013

“ SEDIAKAH AKU ? ”



Sebelum sanggup mendengar ucapan suami yang bakal menyatakan, “Daku terima nikahnya …” tanyalah diri, “Sudah bersediakah diri ku?”

Aku adalah orang biasa-biasa sahaja yang begitu cetek ilmu. Namun, dengan ilmu yang sedikit ini, ku kongiskan bersama kalian dan ku amalkan dalam kehidupan harianku.  Hasrat di hati ingin ku coretkan sebuah pandangan dari diri yang dhaif ini. Bukan menunding jari ke arah sesiapa, tetapi menjadi pedoman buat diri dan jugak orang lain.

“Perkahwinan”. Semua anak muda kini membicarakan tentangnya. “Ya Allah, diakah jodohku?” Itulah lafaz hati yang sering dibuai dalam fikiran pemuda pemudi di zaman kini. Pelbagai persoalan soal hati di lontarkan, namun ianya tidak akan terjawab andai hanya dibicarakan seorang diri di dalam hati itu. Lontarkanlah persoalan itu, lontarkanlah hasrat dihati itu.Usah dipendam begitu lama, usah menunggu waktu yang panjang dan usah terlalu berharap dengan angan-angan yang difantasikan itu.

Allah itu Maha Mendengar, doakanlah hasrat suci itu padaNYA.Luahkan segala rasa jiwa dan hati itu. Usah terlalu yakin dengan doa yang tidak diselitkan dengan usaha.Berdoa bukan bermaksud kita hanya menadah tangan meminta daripadaNYA, tetapi kita perlukan usaha. Berusahalah dengan sungguh-sungguh untuk mencapai dan memiliki apa yang dinginginkan. Doa yang diselimuti dengan usaha dan keyakinan, inilah cara yang terbaik di amalkan.

Berapa ramai yang berani mengaku bahawa mereka benar-benar memahami erti perkahwinan dan benar-benar bersedia menggalas tanggungjawab yang bakal dipukul selepas lafaz ijab kabul pernikahan dilafazkan.

“Dan dia antara tanda-tanda kekuasaan NYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-NYA di antara kamu rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar-Rum : 21)

Subhanallah! Begitu indahnya ALLAH menyusun atur kehidupan manusia. Betapa indahnya ISLAM yang menjadi bimbingan garisan kehidupan kita. Islam memahami bahawa manusia itu tidak mungkin boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan teman, bahkan lebih daripada sekadar teman. Hawa memerlukan Adam sebagai suami, dan Adam memerlukan Hawa sebagai isteri.
Manusia itu ditakdirkan untuk dimiliki dan memiliki. Manusia itu bersandar dan disandari, dicintai dan mencintai dan  setiap dari mereka itu saling lenkap melengkapi. ^_^

Berkahwin itu bukan jalan untuk hidup bersuka ria dengan alasan ianya 1 ikatan sah, oleh itu mereka bebas melakukan apa saja sehingga mengabaikan niat suci perkahwinan itu sebagai 1 ibadah dan 1 “platform”  untuk mencari pahala, berkat dan menambah amal kebaikan dalam rumah tangga yang dibina.

Perkahwinan itu bukan sekadar kita menerima kehadiran baru yang menjadi peneman hidup semati, namun kita telah berjanji untuk memberi segalanya buat si dia yang dicintai. Kita memberi dan menerima dalam perkahwinan. Si suami perlu membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan yang diredai NYA. Si isteri  mengharapkan bimbingan si suami dalam mengatur corak rumah tangga. Ini tugas bersama, usah mengharapkan seorang sahaja untuk menghidupakn kebahagian dalam rumah tangga. Jadikanlah rumah tangga yang dibina dan bakal dibina itu sebagai syurga. Hidupkannya dengan penuh rasa bahagia, dan wujudkan keberkatan dan kerahmatan di dalamnya.

Kalau dulu sewa rumah,makan minum dan segala urusan hanya ditanggung sendirian, kini dengan hidup sebagai suami isteri, semuanya menjadi  urusan bersama.  Suami ada tanggungjawabnya, begitu juga dengan isteri. Masing-masing ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
Sebelum kita mengatakan keputusan untuk bernikah, fikirkan dulu apa tujuan kita. Koreksi diri sebelum melafazkan akad dan menerima akad itu. Betulkan niat dihati, tanamkan niat yang baik dan lakukan perancangan awal sebelum kita melangkah dalam membina “masjid”.

“Umur sudah semakin meningkat dewasa, tetapi lelaki/ wanita  yang diharapkan belum juga muncul..siapalah jodohku ya Allah” monolog diri.
Berbagai-bagai cara yang Islam ajar untuk kita praktikan dalam masalah ini. Usah lah membuang masa, asyik memikirkan masalah jodoh.. Berdoalah, minta pada NYA. Tapi jangan lupa dengan usaha. Kita “start” dengan diri sendiri dahulu. Inginkan lelaki yang soleh, solehah sudahkah diri? Inginkan wanita sesolehah, namun diri itu sudah soleh ka?

Bentuklah diri dengan acuan yang baik dengan mengharapkan keredaan NYA, bukanya kita berubah menjadi baik kerna si dia yang bakal menjadi suri dan raja.

Apabila sudah ada permata di depan mata, usah terlalu memilih. Inginkan yang lebih baik, sehingga permata di depan mata terlepas dan yang di cari itu tercicir.
1 bait curahan hati ku kongsikan bersama karya Burhan Sodiq, “ku berdoa pada pemilik hati, Yang menggegam nyawa dan nasib diri ini, apabila dia membaca tulisan hati ini, semoga hatinya menjadi hati yang suci, mungkin selama ini aku terlalu memilih, atau mungkin tiada yang dipilih , semuanya menjauh, tidak terlihat dan tidak tersentuh, dalam sujud hati, kami berdoa padda Ilahi, agar segera bertemu kekasih hati yang menemani kami ke syurga abadi”.



Alhamdulillah, masih ada seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya  yang sudi menerima diri yang dhaif. Jangan terus menolak dan terburu-buru membuat keputusan dengan hawa nafsu.. Ramai Si Hawa yang menolak pinangan Si Adam yang soleh, dengan alasan  yang direka-reka. “ana ni wanita biasa saja, tak solehah mana pun,ana rasa tak sehaluan dengan anta. Anta terlalu baik…” Itulah Kata-kata berhabuk si gadis yang terburu-buru. Ya, walaupun diri kita tak sesolehah seperti isteri-isteri Nabi, namun kita diberi peluang untuk hidup di bawah bimbingan lelaki yang soleh. Rugi nya menolak…untungnya menerima lamaran itu.

Orang tua berpesan, kalau sudah melekat dihati, apa yang ditunggu lagi, pergilah merisik dan melamar, kalau sama-sama suka, kahwin. Allahuakhbar, indahnya berkasih sayang setelah lafaz akad disahkan. Marahnya si syaitan-syaitan dan iblis yang melihat kebahagian suami istrei yang dibina selepas menjadi pasangan hidup semati yang sah. Gembiralah anda sebagai suami dan isteri… tapi, bersedihlah buat mereka yang masih bergelombang dengan dosa-dosa maksiat..na’uzubillah.

1 comment:

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.