"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Sunday, January 8, 2012

cerMINKAN saYA!



senyumlah seindah suria
senyumlah,kerna ia sedekah pahala
senyumlah untuk bahagia 
senyumlah untuk muda..

 "ala,ustaz tu dok ceramah ja sakan,tapi anak dia tu mat rempit.." kata seorang insan..SEDIH ku dengar..dia mengutuk ustaz tu.kalau la ustaz tu dengar..pasti lagi sedih dia kan.
hidayah tu kan milik ALLAH.Alhamdulillah ustaz tu cuba dan dapat memberi ceramah,menyambung dakwah rantai perjungan Rasulullah..Kita ambek yang baik dari ustaz dan para dakwah.Yg buruk kita buangkan.Kita sedap ja dok kata kat org,dah cermin dah diri kita??berapa banyak dah kita sebarkn dakwah?berapa banyak kita tolong ALLAH & Rasul?..tepuk tangan,muhasabahlah kita bersama..


memberi nasihat itu milik semua...nak tunggu insan yg sempurna datang dan memberi nasihat,jawapannya meme la tak ada..kerna kita manusia.Bukan seorang nabi dan rasul yg maksum.Kita cuba lakukan walaupun pelbagai mehnah yg datang..mulut orang di belakang,tepi dan depan kita tak dpt tutup..biarlah mereka dengan kerja mereka..nanti-nanti mereka penat jugak..dan akhirnya mereka akan diam juga..di hina dan di kutuk anggaplah sebagai semburan haruman minyak wangi yg kurang wangi...ingat,ALLAH bersama kita..


hmm..pernah rasa Geram?marah? semua pernah..rasa marah dan geram,rasa sedih dan rasa terhina…itulah perasaan dan rasa kita takala dikutuk, di caci, dan dihina..ALLAH s.w.t yang tahu..betapa sembilunya hati..diri ini diperlekehkan..APA yg mampu ku lakukan? Tersenyum jwpn nya..namun di jauh hati ini,menangis…
ku tahu aku bukan lah sempurna..aku bukanlah terbaik..aku bukanlah alim sehebat para da'i seperti kalian..aku hanya menolong Dan menyebarkan secebis dakwah yg kurasakan aku perlu laksanakan.Namun ku tahu,bukan diri ku seorang yg begini.Rasulullah  sendiri pernah di hina dan di maki.Para ulama’ juga begitu..dan rami lagi yg pernah mengalaminya. ANDA juga?


Allah berfrman yg bermaksud: “ Dan janganlah kamu memaki sembhan2 yg mereka sembah selain ALLAH, kerna mereka nanti akn memaki ALLAH  dengan melampaui btas tanpa pengetahuan.” (surah al-An’am 6:108)


Cuba kita positifkan minda sekejap untuk membahagiakn diri.Mumkin org yg mengutuk kita itu ikhlas dan ingin membetulkan keslahan dan kesilapan diri kita.Namun, dia terslah uslub dan caranya menegur itu slah tanpa disedari.So, janganlah kita membalasnya kembali.Tahanlah diri daripada mengutuk,mencaci dan menghinanya kemabali.Senyum dan ucaplah terima kasih..di luar sana penuh para pendakwah..namun hanya berapa kerat sahaja yg mampu member kesan kpd masyarakat. Ada yg terlalu keras ucapannya..dan ada yg lembut bicaranya.Manusia memiliki tahap kecerdasan dan pemahaman yg berbeza.oleh itu.sesuaikanlah bicara kita itu mengikut tahap2 yg tertentu berdasarkan mad’u kita.


Prof Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi berkata: “ Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci maki kebatilan.” Subhanallah..BEGITU DALAM MAKNA INI..Beliau  berkata lagi: “Manhaj saya sepangjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan dan menghimpun bukan mencerai-beraikan.Akan saya biarkan sertiap org ,memilih sesuia dengan pilihannya.”


Berhati-hatilah dalam perdebatan kita..takut2 kita mencela para ulama.Jangan kita membuat andai sndri akn kesalahan ulama’ itu. Yg pasti,kita ni tak sehebat amaln seperti para ulama'.Sama-sama kita merenung kata-kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi: “Sesungguhnya org yg menjatuhkan nama2 ulama besar kerna sebahagian kesalahan yg mereka lakukan bukan org yg bersikap adil dan x pula termasuk dlm kalangan org yg tepat dlm mengambil sikap. Ini kerana mereka menuntut maksum drpa org yg x maksum.Di mana ada penunggang kuda yg x pernah jatuh? Di mana ada pedang yg x pernh tumpul? Di mana ada bndera yg terus berkibar?”


Kita ambillah kebaikan dripada ilmu mereka dan jgn sekali kita ambil yg keburukan mereka.Jika kita bandingakn diri yg kerdil ini dengan para ulama, bagaikan langit dan bumi…betapa kerdilnya kita.. sama2 kita meraikan dan berlapang dada.Kita juga mumkin pernak melakukan kesalahan dan kesilpan kita tanpa sedar @ sedar.Mumkin banyak dan sedikit.Betul dan slah itu adal;ah lumrah bagi  hidup ini.Kita tak mampu untuk lari dri semua ini.Memohon ampun dan bertaubat dalam segala dosa2 kita..itulah  ubatnya.
Syeikh Yusuf al-Qardawi berkata: “sesungguhnya kekerasan x harus dihadapi dgn kekerasan.Hendaklah kita memperlakukan anak2 muda yg penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yg menyejukkan.Jauh dari kata2 kasar dank eras.X banyak menyalahkan mereka serta jgn menghina mereka.”


Sama-sama kita cuba mengubah diri dan berfikir positif dan optimis..INSYAALLAH.
jangan kita terpedaya dengan bisikn Syaitan..JADILAH DA'I  WALAUPUN ANDA RASA TIDAK LAYAK.kita ada tanggungjawab atas diri kita..amanah kita terhadap ALLAH, Dan semua.CUBA untuk menjadi pendakwah buat diri,keluarga dn sahabat-sahabat..CUBA jadi da'i buat semua..Kita tolong ALLAH,PASTI ALLAH tolong kita..
tapi,di smping kita cuba semua tu,kita pun kena CUBA nasihat diri kita,Ubah diri ke arah lebih baik..insyaALLAH..kita mmpu lakukan..ANDA juga!
POSITIF DGN UJIAN..
POSITIF DENGAN KRITIKAN..
~Senyum pada ujian,indahnya ISLAM~

_AMIRA_

No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.