"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Wednesday, January 9, 2019

Puisi Rindu Untuk Suami Tercinta

Sebuah rindu
Tidak dapat ku lakarkan mahupun ku tuliskan di atas sekeping kertas putih.

Kerana sebuah rindu itu
terlalu luas dan subjektif
Tak mampu di huraikan dengan kata-kata.

Sebuah rindu itu
hanya mampu terkandung erat dalam hati.
Rapi tersimpan merindui kekasih hati.

Sebuah rindu
Dipisahkan oleh jarak, namun kasih sayang dan cinta semakin bertambah,
Rindu semakin kuat,  mengingati seorang yg dikasihi jauh di sana.

Biar jasad dan mata tidak bertemu, namun hati selalu berpaut akan rasa rindu dan cinta.

Puisi seorang isteri buat suami yang dirindui. 💑




No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.