"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Tuesday, October 13, 2015

PUISI: “Syurga, dekatilah daku. Neraka, jauhilah daku”


Syurga,
Indahnya tak terkata
Gembiranya tidak mampu digambarkan
Semuanya sungguh luar biasa.
Tidak dapat di fikikan oleh akal
Dan jua dinilai oleh pancaindera.
Hanya Tuhan yang tahu,
Kerna Dialah yang menciptakan Syurga.

Syurga,
Di sana ada sebuah taman
Tempat bersuka ria dan riang ketawa
Bersama arus aliran sungai Firdausi
Buat penghuni yang terpilih
Sebagai hadiah dari “Tuan” kepada hambaNya.



Syurga,
Di sana, segala hasrat, impian dan hajat akan ditunaikan
Di sana adalah tempat yang abadi kekal selamnya
Untuk manusia yang bertaqwa dan mukmin

Syurga,
Tunggulah aku datang
Jemputilah daku untuk memasuki mu
Dari salah satu pintumu yang tujuh itu.
In sya Allah, moga diri ini dipilih dan terpilih sebagai tetamu Syurga.


“Neraka, jauhi aku.”
Neraka,
Tempat yang ditakuti dan digeruni
Di dalamnya penuh seksaan dan azab.
Di dalamnya dihiasi percikan api, bagaikan sungai yang mengalir.
Setiap percikan api itu
Mampu membakar beratusan manusia.
Sakitnya tak terkata
Kerna Tuhan telah berjanji,
Mengatakan bahawa neraka ini untuk pendosa pendosa
Yang akan di azabkan dengan seksaan yang ‘azim .
Benarlah, tiada dusta kata Tuhan.
Takutilah wahai manusia.
Neraka sedang menunggu kedatangan mu!

Moga, Tuhan mengampuni dan menerima taubat ini.
Moga daku mampu beristiqomah dalam bersiap sagakan diri
Untuk menuju Syurga dan menjauhi mu neraka.

Syurga dan Neraka
Dua tempat yang abadi
Sebagai pembalasan buat manusia.
Berlumbalah di dunia ini untuk dekat ke jalan ahli Syurga.
Berlumbalah di dunia ini untuk jauh ke jalan ahli Neraka.
Dunia ini tempat ujian, akhir destinasi hanya dua pilihan
Syurga atau Neraka yang kau pilih?

Syurga, dekatilah daku. Neraka, jauhilah daku…

#Astaghfirullah.
 Oh Allah, please guide us in a straight path to go Your Jannah.
Aamin, ya Rabbal ‘alamin.
:: 31/3/15- (amirakhir,pencinta Cinta Ilahi) ::




No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
i love ALLAH,Rasulullah..i love Islam n i love my family n all myfriends...