"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Tuesday, December 20, 2011

...KAUSELING DAN BIMBINGAN ITU FITRAH INSAN...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ya ukhti wa akhi..kaifahaluk?
ALHAMDULILLAH..syukur dan segala pujian Buat ALLAH.

Manusia itu secara fitrahnya bersifat lemah dan kehendaknya adalah terbatas..itulah kita sebagai manusia...
hidup perlu berteman...antara sifat-sifat yang popular untuk insan seperti kita adalah sifat lupa(nasiyya) dan lalai (ghaflah)..oleh itu,terang lagi bersuluh,kita ni manusia yang sangat-sangat memerlukan hidayah dan petunjuk dari ALLAH..Tak mungkin kita mampu memberi bimbingan buat diri sendiri..

ALLAH memberi kita akal,rohani,qalbu(hati),roh ,nafs dan jasmani(jasad) untuk kita guna dan manfaatkan sepanjang kita hidup di dunia ini untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah kita kepada NYA dan Kepada manusia serta seluruh alam ini.Potensi insan harus disepadukan secara tabie iaitu fitrah.Tabie  akal memerlukan penyuburan,tabie rohani memerlukan tarbiyyah dan tabie jasmani memerlukan pencergasan.
Kata DR.Sidek Baba, 1992, "keharmonian dan keseimbangan dalam diri insan hanay wujud jika ia berasakn kesepaduan potensi secara tabie iaitu fitrah.

Perkembangan yang di lalui kita sebagai insan memerlukan bantuan dan pertolongan serta perlu disediakn peluang untunya.Sejajar dengan prinsip Bimbingan dan Kauseling menurut ISLAM percaya bahawa individu itu berhak diberi peluang-peluang.Antaranya ialah:

1)peluang menyedari dan mengenali dirinya serta Tuhannya. ALLAH
Di dalm AL-QURAN,ALLAH berfirman yang bermaksud: "Katakanlah(wahai Muhammad), "Jika benar kamu mencintai ALLAH  maka ikutilah aku, Nescaya ALLAH mengasihi kamu, serta mengampunkan dosa-dosa kamu..."(surah al-Imran:31-32)

2)Peluang berfikir dan menjelmakan pemikirannya itu serta memupuk segala kebolehan dan keistimewaannya(potensi dan bakat diri)

3)peluang menentukan arah hidupny untuk mendapat kebahagian di dunia dan akhirat

4)peluang untuk menunaikan tugasan sebagi khalifah ALLAH

Dan banyak lagi peluang2 untuk kita terokai dan kita manfaatkan untuk diri dalam mencari keredaan ALLAH...

iSTilah "BIMBINGAN" dan "KAUSELING" itu saling melengkapkan antara satu sma lain.Pelbagai maksud dan definisi yg termaktub dan tercatat untuk keduanya..semuanya memberi maksud akn tersurat dan tersirat untuk kedua-dua istilah ini.Tapi yg paling saya tertarik ialah definisi  bimbingan menurut Wilver (1955), : "guidance is a process of helping individuals through their own efforts to discover and develops their potentialities both for personal happiness and social usefulness"..KESIMPULANYA, bimbingan ni membawa erti 1 proses tarbiyyah yg mustamirru(berlanjutan) yang sistematik dan tersusun yg boleh membantu diri melalui usahanya sendiri degan bertawakal kepada ALLAH untuk memperolehi "kebahagia" hidup yg diredai ILAHI Dalam mencapai matlamatnya yg jelas sereta menjadi insan yg kamil(sempurna) yg mengabdikan diri kepada ALLAH swt.

"kAUNseling" itu menurut Arbuckle (1965) menyatakan bahawa, "kauseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat,malah hal itu menolong klien memahami dirinya yg seberna, apa kelebihan dan kekurangannya.."

"to help individuals towards overcoming obstacles to their personal growth, where ever these may be encountered and towards achieving optimum develpoment of their resourse."

kesimpulannya,kauseling ini bukan sekadar memberi nasihat,tapi menolong individu untuk meneroka diri dan kehidupan yg dapat menimbulkan kesedaran tentang diri mencari jawapan dalam masalah yg dihadapi.1 proses bimbingan yg dberi untuk menolong seseorang.Kauseling bukan nasihat(advice) tapi memberi nasihat(giving advice).

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Apabila saudara kamu meminta nasihat dari kamu,hendaklah kamu berikan nasihat kepadanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

insan itu memerlukan bimbingan dan kauseling untuk dirinya..kadang-kadang dia tak mampu untuk mengembangkan dan menyelesaikan sesuatu dgn sendiri..memerlukan pertolongan dari RABB dan insan-insan lain..kita saling memberi dan menerima..memahami konsep dan belajar ilmu-ilmu Ulumuddin dan Ulum Insaniyyah..kita perlu menjadi kauselor yg MUSLIM untuk diri dan juga sahabat-sahabat kita..kita saling memerlukan.BETUL TAK?..Di samping menjalinkan dan menjaga hubungan dengan ALLAH, kita pun kena jaga hubungan kita dengan semua manusia.INsan itu perlu dibimbing dan dipimpin..berdoalah kepada ALLAH..pohonlah segala hajat itu kepada NYA,nescaya ALLAH akan perkenankannya.

Sabda Rasulullah yg bermaksud: "Berbicaralah kamu kepada manusia menurut kadar tahap kecerdasan akal mereka masing-masing."..

hmm..kita manusia mempunyai pemikiran yg terbatas.kita manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan.kita manusia mempunyai amanah kepada PENCIPTA kita.Sekadar renungan buat diri saya,amira..

~aku hamba ALLAH~

SEKIAN.wassalam..^___^

2 comments:

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.