"Untuk melawati badai, kita harus terus berjalan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan ada dua hal yang terus kita bawa, iaitu KEYAKINAN & CINTA"

Epilog Seorang Hamba. Kehidupan ini memerlukan pengorbanan, waluapun pahit tetapi manisnya akan muncul di hadapan dan abadi di syurga.

Berbicara soal hati, hati memang sukar ditafsiri dan di jangka. Makanya, selalulah berbicara dengan hati bersama Pencipta, ALLAH SWT.


Wednesday, October 3, 2012

Monolog Nur qalbi



Macam biasa dan macam hari-hari sebelum nya.Habis kerja saja, aku akn terus baring di tilam yg empuk.Merehatkan badan dan fizikal ku yg kepenatan dan bermula lah monolong bersendirian.Walapun zahirnya bersendirian tapi hakikatnya ada yg mendengar walaupun bicara ini bisu tanpa kalam dan suara tapi ALLAH itu as-Sami’.Dia mendengar hatiku berbicara...

Bila hati sudah diikat dgn iman yg kuat, tiada lagi keluhan rasa diutarakan dan tidak ada keluhan penat dilelahkan dan tiada rungutan,namun apakah daya hati dan iman diri ini..hnya sekeping hati yg lemah iman nya.Tturun dan naik tanpa mampu di ukur dan dijangkakan.Hanya kekuatn dari ALLAH yang di pinta dan di harapkan dalam menguatkn aku untuk terus dan terus membaiki iman dan diri ini.Memang sukar dan susah, namun itu menjadi kewajipan diri ku untuk terus membaiki diri ke arah lebih baik dan solehah. Pastikan hari ni lebih baik dari semalam.Istiqomah dalam matlamat  yang ingin dicapai.Biar pun puas diri melawan nafsu dan godaan syaitan dengan penuh kesabaran, tak akan pernah ku serahkan hati  nafsu ku menjadi raja buat diri.

Aku sedar bahawa segala yang aku ada adalah pinjaman..jasad ku ini,mata, tangan, hati, akal dan segalanya adalah pinjaman sementara.Roh aku sahaja yang menumpang di  dalam jasad ini. Oleh itu, kenalah jaga elok-elok dan guna sebaik- baiknya di jalan yang betul. ALLAH yang memberi dan ALLAH lah jua yang akan mengambilnya kembali.

Kadang kala jauh hati ku merasakn ketidak ketenangan..puas aku sembunyi di sebalik topeng-topeng yg aku bina sendiri.Hanya hati dan iman dapat merasai rasa itu..aku cuba menjadi diri yg seberna tanpa bersembunyi disebalik topeng2 itu, namun diriku tak terdaya melawan seruan itu..merasakan diri belum sempurna.. tnpa mempedulikan kesempurnaan yg lain yg ada…ALLAH.. 
Merasa diri telah kufur nikmat. Aku perlu bersyukur  apa yg ada dan bersabar  apa yg tiada.

Lakukan sesuatu dgn iman dan akal…jadilah manusia yg sentiasa mengingati ALLAH dan bersifat keserdehanaan..memang susah nak gapai bintang di langit kerna ianya mustahil untuk dilakukan. Tapi dgn bantuan ALLAH, ianya boleh menjdai realiti dan tiada yg mustahil bgi NYA..percaya pada ALLAH sepenuh hati jiwa raga mu.

Nak berubah, nk buat apa pun bukan dengan hasil titik peluh diri sendiri..tanpa pertolongan dan kemahuan ALLAH, semua tak akan menjadi.Merasakn diri seorang manusia yg sebaik-baik kejadian sehingga  terlupa bahawa disebalik kejadian diri ini ada “tuan” yg lebih berkuasa.ALLAH SWT harus di letakkan tinggi dalam hati dan akal,Sejauh mana kita berjaya jgn terlalu cepat rasa megah kerna bukan diri kita yg membuatkan kita berjaya tetapi ALLAH yg menentukan.Siapakah yg memberi anda dan kita kebijaksanaa,kejayaan dn kegembiraan itu? Jawapan nya kita semua tahu… Namun kurang kesedaran dan penghayatan.

Kita nk memegang sebatang pen pun itu pun adalah nikmat dari ALLAH..Biarpun itu hal yang kecil,namun ramai yg tidak sedar disebaliknya. Hal-hal seperti inilah yg membuatkan kita lebih sedar secara  totally. Walaupun secara sains dan zahirnya kita mempunyai tangan dan jari-jari dan dengan keadaan anggota badan yg kita memiliki itu  kita merasakan kita lah yg telah menggerakan dan memegang pen itu dgn hasil tindak balas dari otak,saraf dan sebagainya .Ya, semua itu adalh apa yg kita nampak dan kita belajar dari teori kesainsan. Tapi yakin kah kita bahawa disebabkn itu semua pen itu boleh dipegang dgn jari kita sahaja? Adakah ianya dinamakan sains @ fitrah semula jadi kejadian manusia semata-mata?
Jawapan nya TIDAK. Itu semua berlaku kerana kudrat dan iradat  ALLAH.Dialah al-Khaliq.. Tidak mustahil, andai ada manusia yg tiada jari dan tiada tangan boleh memegang sebatang pen juga.Dengan kekurangan diri, manusia itu cuba menggunakn keupayaan yg lain untuk  memegang sebatang pena dn mengahsilkan sebuah coretan  hati jua. Kerana dia yakin, ALLAH lah yg memberi dan dariNYA jua yg berkehendak. Ramai di kalangan manusia yg boleh menulis dengan menggunakn jari kaki dan menggunakan lengan mereka . Jangan kita jadikan kekurangan diri sebagai penyebab kita tidak mampu. Semuanya boleh terjadi andai kita yakin pada Kuasa Ilahi dan yakin dengan diri sendiri.
Banyakkn berfikir dan berzikir sejenak dan kurangkan merenung kekurangan dan kelemahan diri kerna semua itu lebih mencenderungkan diri kita kecundang dan menjadi negative thinking.Cubalah bersangka baik kerna anda akan dapat yang terbaik. Menjadi seorang yg positif harus kuat dan bersabar dalam mendidik hati dan akal untuk sentiasa berlapang dada dalam meng “positifkan”  pemikiran dan diri. Bila diri sentiasa tenang, jiwa damai dalam mengingati ALLAH dan bahagialah hidup menjadi seorang MUSLIM yg mukmin  professional.
Insya-ALLAH.
Diam tak diam, lamanya bermonolog sehingga  tidur lenanya bersama keinsafan diri yang  direnungkan. Merenung diri sendiri sebelum ajal datang memanggil..Biarpun tiada siapa yang tahu isi hati dan bicara qalbi, namun ku percaya dan yakin ALLAH mendengarnya. Doa di hantarkan,namun apakah daya ku untuk memastikan doa itu dimaqbulkan. Hanya ku serah dan tawakal pada ILAHI dan aku teruskan langkah usaha ku sehingga  ajal menemui diri.

ALLAH, ampunkan hamba mu ini yg selalu mengadu dan mengeluh. Dosa-dosa ku tak mampu ku timbangkan, namun ku harapkan kebaikan ku lakukan ini menjadi timbangan pahala di saat  tibanya hari timbangan ku nanti.
ALLAH, pandanglah dan lihat lah hamba mu ini…Kasihanilah aku dan berkatilah aku untuk ku kuat dalam melawan nafsu diri dan jauh dari maksiat di dunia ini.
Tetapakn iman ku dan beri lah aku hidayah dan petunjuk MU sentiasa sehingga ajalku datang.
AMIN ya RABBAL ‘ALAMIN.
 _Cukuplah ALLAH bagiku,tiada yg lain di hatiku selain NYA_
^_^

No comments:

Post a Comment

hamba ALLAH..

My photo
alor setar kedah, islam, Malaysia
Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh misteri dan hikmah. Berjalanlah dengan hati yang sentiasa lapang dan positif. Syukur selalu, hidup gembira.